Kata |
Takrif |
Sumber |
mempromosikan | melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempromosikan | melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisian kaleng(canned software) | Kumpulan atur cara yang telah direka bentuk oleh syarikat tertentu dan dipasarkan untuk menjalankan tugas. Biasanya tugas yang dilaksanakan ialah tugas yang banyak penggunanya. Atur cara ini berbentuk serba guna supaya dapat memenuhi keperluan banyak pengguna. | Kamus Komputer |
memfrancaiskan | memberikan hak atau kebenaran terhadap barangan keluaran atau perkhidmatan yg diasaskan oleh pengeluar atau syarikat asal kpd pengusaha utk dipasarkan: Syarikat itu ~ hasil pengeluarannya kpd individu yg berminat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bendasing | bahan dlm kuantiti yg kecil yg terdapat dlm bahan lain sehingga boleh menjejaskan mutu bahan yg lain itu: sebarang ~ atau kekotoran akan merendahkan mutu getah yg dipasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
promosi | 1. kenaikan pangkat, naik pangkat dll; 2. Id (upacara) penerimaan gelaran doktor; 3. segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb); mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
promosi | segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau meningkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb) atau utk memperkenalkan album lagu, filem dsb supaya laris jualannya: ~ barang-barang tempatan akan diadakan secara besar-besaran. mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
francais | hak atau kebenaran yg diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kpd pengusaha utk memasarkan barangannya atau perkhidmatan yg diasaskannya. memfrancaiskan memberikan hak atau kebenaran terhadap barangan keluaran atau perkhidmatan yg diasaskan oleh pengeluar atau syarikat asal kpd pengusaha utk dipasarkan: Syarikat itu ~ hasil pengeluarannya kpd individu yg berminat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
market | come /onto, on/ the ~, dipasarkan: many modern farming gadgets have come onto the ~, banyak alat pertanian moden yg dipasarkan; our estate will come on the ~ soon, estet kami akan dipasarkan tdk lama lagi; flood the ~, membanji | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
marketable | adj boleh dipasarkan: cream, butter and other ~ dairy products , krim, mentega dan barangan tenusu lain yg boleh dipasarkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unmarketable | adj tdk dapat dipasarkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
software | n (computer technology) perisian: to develop a ~ that is marketable and of general application, membina perisian yg dapat dipasarkan dan yg boleh digunakan oleh umum. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
seller | n 1. person who sells, penjual: the ~ will not lower the price, penjual tdk akan menurunkan harganya; 2. st that sells, jualan itu: the record was a slow ~ when it first came out, rekod itu lembap jualannya semasa mula-mula dipasarkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
generic product | barangan generik | Komunikasi | Korporat | Barangan yang dipasarkan tanpa menonjolkan jenama. Harga barangan ini lebih murah berbanding barangan yang berjenama. Walau bagaimanapun, mutu barangan ini tidak semestinya rendah berbanding barangan berjenama. Pengedar besar biasanya mengenal pasti barangan yang terbaik dalam kalangan barangan generik ini untuk dibeli dan diletakkan jenama pengedar tersebut untuk dipasarkan. Contohnya, bahan pencuci dan barangan makanan seperti minyak masak. |
downstream activity | aktiviti hiliran | Pertanian | Agroteknologi | Aktiviti yang melibatkan pemprosesan produk mentah supaya dapat dipasarkan dengan harga yang lebih tinggi dan menjana lebih nilai kepada produk tersebut. Contohnya, untuk industri kelapa sawit, produk mentah ialah buah kelapa sawit yang dihasilkan daripada aktiviti huluan. Seterusnya, buah kelapa sawit diperah untuk mengeluarkan minyaknya. Pemerahan minyak ini merupakan satu aktiviti hiliran. Minyak ini boleh dipasarkan terus kepada pengguna dengan harga yang lebih tinggi daripada buah kelapa sawit mentah. Aktiviti hiliran boleh dilanjutkan dengan pemprosesan minyak kelapa sawit untuk menghasilkan produk-produk lain seperti sabun, marjerin dan bahan kosmetik. |
global product | keluaran sejagat | Pentadbiran | Tiada | Keluaran yang dipasarkan ke seluruh dunia dengan menggunakan jenama yang sama. Contohnya coca-cola, levi's dan sebagainya. |
finished product | keluaran siap | Kesenian | Tiada | Barangan yang telah siap dan boleh dipasarkan. |
packing | pembungkusan; lembaran bawah; pemadatan | Geografi | Tiada | 2. Pembungkusan: Proses membungkus barangan sebelum dipasarkan atau dieksport. |
food canning | mengetin makanan | Geografi | Tiada | Perihal proses pengetinan bahan makanan bertujuan untuk dipasarkan di dalam dan luar negara. |
drug development | perkembangan ubat | Perubatan | Tiada | Jalinan peristiwa penghasilan ubat daripada penemuannya sehingga dipasarkan dan digunakan secara meluas. Jalinan ini termasuklah kajian yang dijalankan ke atas binatang dan manusia, proses memaklumatkan hasil kajian, proses pelesenan dan kaji selidik pascapasaran. Penghasilan sesuatu ubat biasanya memakan masa yang panjang dan memerlukan belanja yang banyak. |
beta test | ujian beta | Teknologi Maklumat | Tiada | Fasa ujian akhir sebelum sesuatu produk dipasarkan secara rasmi. Ujian beta selalunya dibuat di hadapan pelanggan. Lihat juga ujian alfa |
post-marketing surveillance | pengawasan pascapemasaran | Perubatan | Tiada | Pengawasan keselamatan ubat setelah ubat berkenaan mendapat lesen untuk dipasarkan. Pengawasan ini merupakan fasa keempat kajian klinikal ubat. Pengawasan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesan yang tidak diduga, yang jarang berlaku dan sukar dikesan ketika penggunaannya belum menyeluruh. Ubat yang didapati menghasilkan kesan yang teruk akan ditarik balik dari pasaran. |
beta testing | pengujian beta | Teknologi Maklumat | Perisian | Ujian terakhir yang dilakukan sebelum sesebuah produk perisian dikeluarkan atau dipasarkan. Ujian ini penting dan bertindak sebagai kawalan kualiti yang perlu dilakukan dengan sempurna. Ujian ini melibatkan penggunaan produk tersebut oleh pengguna yang terpilih untuk menghasilkan dokumentasi yang formal. Dokumentasi ini boleh mengandungi ralat kandungan, ralat perisian, kepenggunaan, aras kerumitan dan kefungsian menu atau atur cara yang disediakan. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
dipasarkan | [di.pa.sar.kan] | ديڤاسرکن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipasarkan |
|
|