Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
jelmaansesuatu yg telah menjelma; hasil drpd menjelma: Mengikut kepercayaan, ketiga-tiga anak raja itu ialah ~ dewa-dewa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jelmaansesuatu yg telah menjelma, hasil drpd menjelma; batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah ben­tuknya (rupanya dll) akibat kuasa mata­hari dan air serta udara dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
jelmaansesuatu yg telah menjelma; hasil drpd menjelma:Mengikut kepercayaan, ketiga-tiga anak raja itu ialah ~ dewa-dewa.Kamus Pelajar
menjelma1 berubah menjadi sesuatu yg lain; merupakan diri sbg sesuatu; mengambil bentuk atau rupa yg lain: Ulat itu ~ menjadi kupu-kupu. Orang itu dpt ~ sbg harimau. 2 ki muncul dlm ingatan atau dlm hati: Kadang-kadang wajah adiknya yg baru meninggal dunia itu datang ~ dlm ingatannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menjelma1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu;Kamus Dewan Edisi Keempat
penjelmaan1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, per­wujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jadi-jadian1 manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau): harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2 bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja: bunga ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jelma; menjelma 1 berubah menjadi sesuatu yg lain; merupakan diri sbg sesuatu; mengambil bentuk atau rupa yg lain: Ulat itu ~ menjadi kupu-kupu. Orang itu dpt ~ sbg harimau. 2 ki muncul dlm ingatan atau dlm hati: Kadang-kadang wajah adiknya yg baru meninggal dunia itu datang ~ dlm ingatannya. menjelmakan 1 menukarkan diri menjadi sesuatu yg lain: Ahli sihir itu ~ dirinya sbg orang muda. 2 memasukkan jiwa atau perasaan dlm sesuatu: Ia ~ fahaman-fahaman politiknya dlm novelnya. jelmaan sesuatu yg telah menjelma; hasil drpd menjelma: Mengikut kepercayaan, ketiga-tiga anak raja itu ialah ~ dewa-dewa. batu ~ batu yg telah berubah bentuknya (rupanya dll) akibat kuasa matahari, air dsb. penjelmaan perbuatan (hal dsb) menjelma atau menjelmakan: ~nya menjadi harimau tidak diketahui oleh isterinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jelma; menjelma 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu; menjelmakan ark 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya; 2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu; terjelma termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu), tercipta, terwujud; jelmaan sesuatu yg telah menjelma, hasil drpd menjelma; batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah ben­tuknya (rupanya dll) akibat kuasa mata­hari dan air serta udara dll; penjelmaan 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, per­wujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jadi-jadian1. manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau):harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2. bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja:bunga ~.Kamus Pelajar
Tesaurus
 
jelma
Kata Terbitan : menjelma, menjelmakan, terjelma,