Kata |
Takrif |
Sumber |
dikte | (dikté) IB menyalin (menulis) rencana, menulis tepat-tepat apa yg dibaca (diucapkan) oleh orang lain; mendikte 1. meminta (menyuruh) orang menulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2. menyuruh orang berbuat sesuatu dgn tidak membantah, menyuruh menurut sahaja; mendiktekan 1. menyuruh tulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2. menyuruh dgn paksa, memerintahkan: apabila anakanda dapat memahamkan huraian kami ini, anakanda tidak akan berasa didiktekan sahaja oleh orang tuamu ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ucapan | 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tutur | apa-apa yg diucapkan; perkataan; ucapan: ~ bahasa (kata) perkataan yg diucapkan. bertutur bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Melayu dgn fasihnya. menuturkan 1 mengucapkan (kata-kata); melafazkan. 2 mengisahkan; menceritakan. pertuturan 1 cara atau gaya bertutur; sebutan: ~ budak itu masih pelat. 2 apa-apa yg dituturkan; percakapan: Dlm ~ sehari-hari, kita tidak menggunakan bahasa surat. penuturan perbuatan atau hal menuturkan; pembicaraan. penutur orang yg bertutur atau menuturkan: ~ asli bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tutur | apa-apa yg diucapkan; perkataan; ucapan: ~ bahasa (kata) perkataan yg diucapkan. | Kamus Pelajar |
babai | bp 1. selamat jalan (diucapkan kpd orang yg berpergian); 2. selamat tinggal (diucapkan oleh orang yg berpergian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijab kabul (nikah) | lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijab | ; ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab; ~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijab | ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab;~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli. | Kamus Pelajar |
lafaz | 1 bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan; sebutan atau ucapan sesuatu perkataan: ~ kata-kata Rusia agak sukar bagi kita menyebutnya. 2 kata-kata atau perkataan yg diucapkan: Tahukah kamu bagaimana ~ niat puasa? melafazkan mengucapkan perkataan (kata, doa dll): Mereka semua berdiri tegak dan ~ ikrar taat setia kpd kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lafaz | 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan; sebutan atau ucapan sesuatu perkataan: ~ kata-kata Rusia agak sukar bagi kita menyebutnya. 2. kata-kata atau perkataan yg diucapkan:Tahukah kamu bagaimana ~ niat puasa? melafazkan mengucapkan perkataan (kata, doa dll): Mereka semua berdiri tegak dan ~ ikrar taat setia kpd kerajaan. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ill feeling | n perasaan benci: it was a remark calculated to arouse ~, kata-kata itu sengaja diucapkan utk menimbulkan perasaan benci. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jest | half in ~, half in earnest, separuh bergurau, separuh serius; in ~, secara bergurau: spoken in ~, diucapkan secara bergurau; be a standing ~, menjadi bahan ketawa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
absent-minded | adj 1. abstracted, selalu lupa, pelupa: an ~ professor, seorang profesor yg selalu lupa; 2. reflecting abstractedness, yg diucapkan secara tdk sedar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
litany | litani | Kesusasteraan | Tiada | Rangkaian doa yang diucapkan oleh pasukan koir gereja. Litani mengandungi untaian permohonan, pujian dan kebaktian yang disampaikan bersama-sama, bersahut-sahutan atau berulang-ulang. Jenis pengulangan ini ditiru daripada sajak duniawi Barat yang menyentuh pelbagai topik, sama ada berkaitan dengan agama, falsafah atau sentimen lagu. Isinya boleh bersifat bersungguh-sungguh atau ejekan, namun pengulangan yang terdapat dalam sajak ini masih dianggap tinggi nilai sasteranya. |
sarcasm | sindiran | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi. |
line | line | Kesusasteraan | Tiada | Dialog dalam skrip atau yang diucapkan oleh pelakon semasa pementasan. |
invocation | seru puja | Kesusasteraan | Tiada | Jampi serapah dan mantera yang diucapkan dalam teater tradisi bagi memuja dan memanggil semangat untuk menatap sajian. Seru puja dilakukan sebagai sogokan untuk mendapatkan perlindungan daripada anasir ghaib yang jahat. Situasi ini berlaku dalam persembahan wayang kulit dan main puteri. Dalang memanggil semangat supaya memberikan perlindungan kepada panjak tujuh pengantin lima (pemain wayang kulit), serta para penonton yang menyaksikan persembahan. Lihat juga main puteri. |
dramatic irony | ironi dramatik | Kesusasteraan | Puisi | Baris atau rangkap sesebuah puisi yang diucapkan atau dideklamasikan oleh seseorang pembaca itu lebih memberi makna kepada khalayak tetapi tidak kepada dirinya sendiri. Sinonim ironi ganda. |
incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud rumus yang berentak atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas. |
lyric | lirik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang menyuarakan pemikiran dan perasaan sesorang penyair. Puisi ini mungkin diucapkan secara bersendirian atau kepada watak lain. Dalam kebanyakan puisi lirik, watak tersebut adalah rekaan dan berbeza dengan watak penyair. Tema lirik biasanya tentang percintaan dan suasana perasaan watak juga berhubungan dengan percintaan tersebut. Puisi lirik merupakan suatu pernyataan ringkas tentang keadaan perasaan watak seperti dalam sajak bertajuk To Night oleh Shelley. Jenis-jenis puisi lirik ialah soneta, oda, elegi dan haiku. Puisi lirik yang lebih kompleks dan pabnjang ialah elegi dan oda. Contoh puisi Oda ialah On the Morning of Christs Nativity oleh Milton. Lihat juga oda. |
maxim | lidah pendeta | Kesusasteraan | Puisi | Kata atau diksi yang terungkap dalam sesuatu baris, rangkap atau keseluruhan sesebuah puisi yang merupakan tuturan yang diucapkan oleh seseorang cendekiawan. Kata atau diksi yang diungkapkan itu boleh menjadi nasihat dan panduan hidup. Gurindam dapat digolongkan sebagai lidah pendeta. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional. Kurang fikir, kurang siasat, tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajarn jika dilepas, ibarat beringin racun dan upas. |
oral poetry | puisi lisan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang tidak bertulis, penyampaiannya kepada khalayak adalah dengan cara dituturkan atau dideklamasikan. Ada kalanya puisi lisan ini diucapkan secara spontan. Contohnya, dalam acara berbalas pantun. |
spells | jampi serapah | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan mantera yang biasanya digunakan dalam teater tradisional dan pengubatan tradisional. Kadang-kadang jampi serapah bermaksud kalimat yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian, perlindungan, atau pertolongan terhadap sesuatu. Contohnya, jampi serapah dalam Main Puteri dan Bagih yang popular di Kelantan. Lihat juga mantera, seru puja. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tabia' bu' reka | kalimat yang digunakan untuk mengecualikan seseorang daripada maksud kalimat yang diucapkan | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
akik | sr kata yg diucapkan apabila menolak ajakan makan, minum, dll agar tidak kempunan, kik-kik ponek MS. | Melanau Mukah | |
lengan | suara; 1 bunyi manusia bercakap dll: ~ a yen sama yau ~ a mahou suara orang itu spt suara perempuan; 2 bunyi binatang: ~ manuok suara burung; 3 bunyi alat, perkakas spt radio dll; 4 apa yg dikatakan, diucapkan, perkataan, ucapan: ~ a kapuong diak tenaah s | Melanau Mukah | |
saharak | suara; 1 bunyi manusia bercakap dll: ~ a mahou suara perempuan; 2 bunyi binatang: suka menaah ~ manuok jakak suab suka mendengar suara burung waktu pagi; 3 bunyi alat perkakas radio, dll: ~ biulak suara biola (violin); 4 apa yg dikatakan, diucapkan, perka | Melanau Mukah | |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Kata Pengantar Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 10 6/6/11 4:01:22 PM xi PENDAHULUAN Syukur alhamdulillah diucapkan ke hadrat Ilahi kerana hanya dengan izin-Nya juga Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer (MABBIM) ini dapat diselesaikan penerbitannya. Penghasilan kamus ini adalah sejajar dengan usaha memantapkan istilah- istilah yang sanggup menabur bakti, berkongsi ilmu untuk menyusun kamus ini. Kepada pegawai projek yang sentiasa amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya, kami ucapkan setinggi- tinggi terima kasih. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada editor dari Bahagian Peristilahan dan Leksikologi yang sentiasa cekap dan berdedikasi, membantu menguruskan penerbitan kamus ini sehingga selesai. Akhir kata, walaupun kamus ini sudah sampai ke tangan pengguna tetapi
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
diucapkan | [di.u.cap.kan] | دأوچڤکن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata diucapkan |
|
|