Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ? | Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
perkataan keluar/masuk atau keluar masuk yang boleh tulis dlm surat rasmi? | Perkataan keluar masuk boleh digunakan dalam ayat asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Jika tuan dapat memberikan contoh penggunaannya, lebih mudah untuk kami menerangkannya kepada tuan. | Tatabahasa | 02.07.2015 |
Keluar atau ke luar? Saya agak bingung bila menggunakan perkataan ini. Dalam ayat berikut yang manakah betul? a) Sejak pemergian anaknya keluar negeri, ia termenung sahaja. b) Memohon keluar negeri c) Dia berjalan keluar melalui pintu belakang. soalan seterusnya bagaimana membezakan dan lain-lain (dll) dengan dan sebagainya (dsb). Saya ucapkan terima kasih atas keterangan yang akan diberi kelak. | Keluar dan ke luar dalah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri c) keluar melalui pintu belakang. Lain-lain itu maksudnya tidak sama. manakala sebagainya bermasud untuk, bagi 2. jadi, menjadi, selaku:; 3. bertindak spt, selaku: demikian pula, lebih-lebih lagi: a) lain-lain serupa (semacam) itu: b) sepatutnya:. T.kasih. | Lain-lain | 08.09.2008 |
Dia mengusir wartawan itu keluar atau dia mengusir keluar wartawan itu? Adakah 'mengusir' kata kerja transitif? | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah dia mengusir wartawan itu keluar. Perkataan 'mengusir' merupakan kata kerja transitif. | Tatabahasa | 19.04.2019 |
Ingin bertanya, dalam soalan BM ayatnya seperti berikut: Laluan masuk keluar lori...... Frasa 'masuk keluar' dianggap tidak gramatis. Apakah alasan yang munasabah untuk mewajarkan kesalahan frasa ini? Adakah alasannya kerana kebiasaan/kelaziman atau frasa itu sudah mantap? Mohon penjelasan. Tk. | Untuk makluman, frasa "keluar masuk" atau "masuk keluar" hanya kelaziman berbahasa sahaja. Begitu juga dengan frasa "turun naik". Kita masih boleh menggunakan frasa tersebut kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya. | Istilah | 05.08.2015 |
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan? | Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk Bukit Merah, jadi saya berpatah di jalan masuk Alor Pongsu untuk datang ke sini. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah Saya terlepas susur keluar Bukit Merah. Jadi, saya keluar di susur keluar Alor Pongsu dan patah balik ke Bukit Merah. | Tatabahasa | 23.09.2022 |
Apakah "Barb Outlet" dalam bahasa Melayu? ia adalah komponen dalam mesin oksigen. Yang pasti ia bukanlah "cangkuk" kerana ia tidak berbentuk seperti cangkuk | Kami mencadangkan istilah "barb outlet" diterjemahkan sebagai "saluran keluar ruit", "saluran keluar terkait" atau "alur keluar lekap". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 20.08.2021 |
Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri? | Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24. Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. | Tatabahasa | 25.10.2010 |
aApakah perbezaan antara ke luar dengan keluar ? | Antara makna keluar ialah 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah~. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Ke luar pula ialah pergi ke sebelah luar. 'ke' ialah kata nama arah. | Tatabahasa | 21.01.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| keluar (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak, Berantonim dengan masuk
2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul, Berantonim dengan lesap
3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,
4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,
5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,
6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri
| Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar, |
|
Puisi |
---|
|
Hisap sigup tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga; Jangan marah abang bertanya, Bunga di taman siapa punya?
Lihat selanjutnya... |
|