Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahBahasa Sukuan BajauBahasa Daerah
Kata Takrif Sumber
berpendapberkurung, bersembunyi, tidak keluar-keluar: kalau dia di rumah, dia ~ sahaja sehari-harian suntuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
memendapberkurung, bersembunyi, tidak keluar-keluar: kalau dia di rumah, dia ~ sahaja sehari-harian suntuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
pendap; memendap, berpendap berkurung, bersembunyi, tidak keluar-keluar: kalau dia di rumah, dia ~ sahaja sehari-harian suntuk; memendapkan mengurungkan, menyembunyikan; terpendap terkurung, tersimpan, tersem­bunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
menonjol1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas men­colok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
memendamkan diritidak menunjukkan diri kpd orang ramai, tidak keluar-keluar dr rumah, menyembunyikan diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
memerap1. mengurung (menyem­bunyikan) diri dlm rumah dll (tidak keluar­keluar): dia ~ sahaja di rumah; 2. membiarkan daging, ikan dsb yg telah digaul dgn bahan yg terdiri drpd sos, garam, rempah dsb, utk beberapa waktu sebelum dimasak: ~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman; ~ diri memerap;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkurung1 tinggal di dlm rumah atau di dlm bilik saja; tidak keluar-keluar dr rumah atau dr bilik: Sudah seminggu dia ~ di dlm bilik tidurnya. 2 memakai tanda kurung (bkn nombor, perkataan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
perap II; memerap 1. mengurung (menyem­bunyikan) diri dlm rumah dll (tidak keluar­keluar): dia ~ sahaja di rumah; 2. mem­biarkan daging, ikan dsb yg telah digaul dgn bahan yg terdiri drpd sos, garam, rempah dsb, utk beberapa waktu sebelum dimasak: ~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman; ~ diri memerap; terperap 1. tertahan, tidak terurus, tertum­puk (surat dll); 2. terkurung, terpendam: dia lebih suka ~ di dlm biliknya; perapan sesuatu (spt ayam, daging, sotong dsb) yg diperap, hasil memerap: ~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak; pemerapan perihal (perbuatan atau proses) memerap: ~ daging itu sekurang-kurangnya dua jam; pemerap 1. (orang) yg bertabiat suka meme­rap: si anak akan berasa tersinggung, jauh hati, lalu menjadi kanak-kanak yg ~; 2. bahan yg terdiri drpd rempah, herba, minyak, cuka dsb yg digaulkan pd daging, ikan dsb, dan di­biarkan menyerap beberapa waktu sebelum dimasak utk menambah rasa dan melembut­kan daging, ikan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
terselip= ~ keluar terlepas keluar dgn cepat, melecit keluar.Kamus Dewan Edisi Keempat
terperuk1. tersimpan (terbenam dll) dlm beg (di ceruk, di pelosok rumah, dll): di dlm peti itulah ~ sebuah novelnya; 2. ki tinggal dlm rumah sahaja dll (tidak keluar-keluar), terkurung (dlm rumah dll): ia ~ sahaja di rumah hingga tidak mengetahui perkara-perkara yg berlaku di kampung itu; 3. Jk terbenam (ke dlm lubang dll), terperosok.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Puisi
 

Hisap sigup tembakau cina,
     Keluar asap berbunga-bunga;
Jangan marah abang bertanya,
     Bunga di taman siapa punya?



Lihat selanjutnya...