Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terbang burung berkawan-kawan, Hinggap mari tepi sempadan; Ayam togel kalau dilawan, Sia-sia ilmu di badan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina kawanlah Cina, Mari kawan dalam kelas; Sungguh saya bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung kedidi terbang ke pantai, Terbang mari berkawan-kawan; Ingin nak petik buah di tangkai, Takut pula rosak sedahan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pohon temu tumbuhnya rapat, Rapat lagi si pohon jati; Kawan beribu mudah didapat, Sahabat setia payah dicari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ribut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua tiga ikan tenggiri, Mana sama ikan sembilang; Dua tiga kawan dicari, Mana sama sahabat tersayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Yang seorang tidak bersampan, Sampan ada tebing seberang; Hendak berkawan tidak berkawan, Kawan sudah diambil orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan asam tidak bergaram, Garam ada di atas meja; Melihat tuan kenangkan kawan, Kawanlah ada jauh di mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pakai sepatu Indera Bangsawan, Sayang pak imam pergi ke kota; Jangan begitu wahai kawan, Teguhkan iman di dalam dada.
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Anak Cina kawanlah Cina,
     Mari kawan dalam kelas;
Sungguh saya bena tak bena,
     Dalam hati haram tak lepas.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
498

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Masuk di dalam kawan gajah berdering

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk di dalam kawan gajah berdering!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...