Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
jodoJk jodoh, sesuai; ® jodoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
jodoh1 pasangan hidup (lelaki atau perempuan): Kita mesti berhati-hati memilih ~, jika tidak, kita akan kecewa. 2 lawannya atau pasangannya: Mana ~ kasut ini? 3 sesuai; secocok: Harganya tidak ~ dgn kainnya. berjodoh berpasangan (dgn); berkahwin (dgn). menjodohkan mengusahakan supaya menjadi suami isteri; mengahwinkan: Pak Mat telah ~ anak perempuannya dgn doktor. perjodohan hal berjodoh (dgn); pertunangan; perkahwinan. penjodohan perbuatan atau hal menjodohkan. penjodoh pemadan; pasangan: ~ bilangan perkataan yg berpasangan dgn nama sesuatu benda utk menunjukkan bilangannya (spt helai utk kain, dan batang utk pokok).Kamus Pelajar Edisi Kedua
jodoh dgnberpasangan (dgn), ber­kahwin (dgn)Kamus Dewan Edisi Keempat
jodoh pertemuanpasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan Tuhan)Kamus Dewan Edisi Keempat
jodoh1. pasangan hidup (lelaki atau perempuan): Kita mesti berhati-hati memilih ~ jika tidak, kita akan kecewa. 2. lawannya atau pasangannya: Mana ~ kasut ini? 3. sesuai; secocok: Harganya tidak ~ dgn kainnya. berjodoh berpasangan (dgn); berkahwin (dgn). menjodohkan mengusahakan supaya menjadi suami isteri; mengahwinkan: Pak Mat telah ~ anak perempuannya dgn doktor. perjodohan hal berjodoh (dgn); pertunangan; perkahwinan. penjodoh pemadan; pasangan:~ bilangan perkataan yg berpasangan dgn nama sesuatu benda utk menunjukkan bilangannya (spt helai utk kain, batang utk pokok dll).Kamus Pelajar
pasangan1. barang apa yg merupakan pa-sang (jodoh dll): ~ dr Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; 2. jodoh (imbangan, lengkapan): ~ hidup; benda ini mana ~nya?Kamus Dewan Edisi Keempat
pasang I1. jodoh, kelamin (laki-laki dan perempuan atau jantan dan betina); 2. dua benda yg melengkapi satu sama lain: tiga ~ selipar, dua ~ stoking; 3. selengkap, sepe­rangkat, satu set: dua ~ pakaian; sepasang 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perem­puan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupa­kan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja; berpasang = berpasangan; berpasang-pasang 1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~; memasangkan menjadikan sepasang (dgn), menjodohkan; pasangan 1. barang apa yg merupakan pa-sang (jodoh dll): ~ dr Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; 2. jodoh (imbangan, lengkapan): ~ hidup; benda ini mana ~nya? berpasangan 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pa­sangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik.Kamus Dewan Edisi Keempat
jodoh1. pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan: engkau haruslah berhati-hati dlm memilih ~; 2. pertemuan (antara gadis dgn teruna yg menghasilkan perkahwinan): apa boleh buat, dah tak ada ~; ~ pertemuan pasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan Tuhan); bertemu ~ (dgn) berkahwin (dgn); habis ~ bercerai (suami isteri); 3. lawannya atau pasangannya: nasi lemak ~nya sambal tumis ikan bilis; 4. sesuai, sepadan, setuju, secocok: harganya tidak ~ dgn buatannya; berjodoh = ~ dgn berpasangan (dgn), ber­kahwin (dgn); menjodohi menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~ paduka kekanda; menjodohkan, memperjodohkan me­ngah­­­winkan: Salikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz; perjodohan pertunangan, perkahwinan: ~ manusia itu tidak dapat ditentukan; penjodohan perihal menjodohkan sese­orang: Ali menerima ~ anaknya dgn teruna pilihannya; sejodoh sepasang: orang ~ bagai cincin; penjodoh pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan bilangan (spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertemukan jodohmengahwinkan (memperisterikan, mem-persuamikan);Kamus Dewan Edisi Keempat
habis jodohbercerai (suami isteri)Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
jodoh (kata nama)
Bersinonim dengan pasangan, teman kawan, lawan, saing, kelamin;,
Kata Terbitan : menjodohkan, penjodohan,

Puisi
 

Pecah sudu pecah pingganku,
     Main gasing beramah-tamah;
Bukan jodoh bukan lawanku,
     Macam anjing di bawah rumah.



Lihat selanjutnya...