Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rusa ini rusa berdua, Terbit makan rumput manisan; Tiada jodoh kita berdua, Boleh anak kita berbesan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau merendam biji selasih, Minum mari dalam cawan; Sudah jodoh bertemu kasih, Laksana paku lekat di papan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau merendam biji selasih, Minum mari dalam cawan; Sudah jodoh bertemu kasih, Laksana paku lekat di papan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang selasih samaselasih, Kalau tinggi ambil galah; Sungguhpun jadi bertemu kasih, Jodoh pertemuan di tangan Allah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bulan mengambang di celah awan, Pungguk merindu dengan berangan; Sewajar memilih jodoh pertemuan, Tapak tangan satu perjuangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terbang burung sikalayangan, Dibawanya dandang menari; Bahala gunung awan kayangan, Amun jodoh datang sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pakai tanjak pergi ke Acheh, Sarat pula baju jubahnya; Biar bijak jodoh dipilih, Kalau tidak kecewa padahnya.
Tesaurus
 
jodoh (kata nama)
Bersinonim dengan pasangan, teman kawan, lawan, saing, kelamin;,
Kata Terbitan : menjodohkan, penjodohan,

Puisi
 

Pecah sudu pecah pingganku,
     Main gasing beramah-tamah;
Bukan jodoh bukan lawanku,
     Macam anjing di bawah rumah.



Lihat selanjutnya...