Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menohok kawan seriring.

Takrif

Mencelakakan kawan sendiri. (Bandingkan dengan: Menggunting dalam lipatan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengorek dompet kawan.

Takrif

Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lebih pucuk, lebih pelepah?

Takrif

Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari.

Takrif

Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.

Takrif

Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk di dalam kawan gajah berdering.

Takrif

Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. berdering = bunyi genta.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti orang tertikamkan kawan.

Takrif

Diam termenung; berhati walang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Layar menimpa tiang.

Takrif

Kawan menjadi lawan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Takrif

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.

Takrif

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Anak Cina kawanlah Cina,
     Mari kawan dalam kelas;
Sungguh saya bena tak bena,
     Dalam hati haram tak lepas.



Lihat selanjutnya...