Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kalau hendak mencari cendawan, Cubalah cari cendawan kukur; Kalau hendak mencari kawan, Carilah kawan sampai ke kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Berkawan-kawan ke Bukit Kota, Hendak mengambil buah jambu; Ingat pesan Datuk Paduka. Taat kepada ayah dan ibu.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pergi mengail berkawan-kawan, Jaga tertib di jalan raya; Hasrat ingin mencapai awan, Tabah cekal pasti berjaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Terbang burung berkawan-kawan, Hinggap mari tepi sempadan; Ayam togel kalau dilawan, Sia-sia ilmu di badan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bercakap dusta memanglah haram, Menjual kawan pantang sekali; Adab dijaga siang dan malam, Berbekal iman sepanjang hari.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak Cina kawanlah Cina, Mari kawan dalam kelas; Sungguh saya bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak cepat pakai kereta, Jangan pergi berkawan-kawan; Harap dapat kontrak berjuta, Angan dipasang setinggi awan.Pantun Melayu SarawakKiasan
Kuih Melayu hidangan istimewa, Hidangan petang bersama kawan; Di puncak kejayaan melihat dunia, Betapa agung kebesaran Tuhan.Pantun Melayu SarawakUmum
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Anak Cina kawanlah Cina,
     Mari kawan dalam kelas;
Sungguh saya bena tak bena,
     Dalam hati haram tak lepas.



Lihat selanjutnya...