Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. Saya hendak bertanya tentang penggunaan "kawan-kawan" dan "adik-adik" dalam ayat, contohnya "Kawan-kawan hendaklah menghormati ibu bapa." Adakah penggunaan "kawan-kawan" itu masih boleh digunakan?Sebab ada pendapat mengatakan penggunaan kata ganda seperti itu tidak boleh digunakan. sekian terima kasih. | Nurulhuda, Bagi penggunaan kata ganda adik-adik dan kawan-kawan, penggandaan seperti ini memang boleh digunakan. Contoh lain ialah penggunaan rama-rama, kupu-kupu dan kuda-kuda. | Tatabahasa | 18.03.2010 |
salah seorang daripada kawan/kawan-kawan? | jawapannya ialah salah seorang daripada kawan. | Tatabahasa | 10.01.2008 |
Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan (Selamat datang / Selamat hari jadi ) kepada saya. Apakah ayat di atas betul atau salah? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Kawan-kawan dan keluarga mengucapkan selamat datang kepada saya. 2. Kawan-kawan dan keluarga mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. | Tatabahasa | 28.11.2020 |
Soalan : Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan (Selamat datang / Selamat hari jadi ) kepada saya. Soalan : Apakah tanda baca pada ayat di atas betul atau salah? | Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan "Selamat datang/Selamat hari jadi" kepada saya. Tanda baca pada ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 01.12.2020 |
Yang mana betul?(dan kenapa?) (a)Remaja mudah TERIKUT-IKUT DENGAN tingkah laku kawan-kawan. (b)Remaja mudah TERIKUT-IKUT AKAN tingkah laku kawan-kawan. | Ayat yang betul ialah "Remaja mudah terikut-ikut dengan tingkah laku kawan-kawannya". Penggunaan kata sendi nama 'akan' (seperti dalam ayat kedua) mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. | Tatabahasa | 02.03.2011 |
Mereka mencadangkan untuk belanja kawan -kawan Maniam di restoran di hotel mereka. Adakah struktur ayat tersebut betul? | Struktur ayat yang betul ialah: Mereka mencadangkan untuk membelanja makan kawan-kawan Maniam di restoran, hotel mereka. | Tatabahasa | 26.07.2021 |
1. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan di majlis persandingan atau pada majlis. 2. Untuk mengelakkan kemalangan berlaku atau berlaku ya kemalangan Mana Yang tepat | Ayat yang betul ialah: 1. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan di majlis persandingan. 2. Untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. | Tatabahasa | 25.07.2023 |
Adakah ayat "Saya dan kawan-kawan turun dari bas dengan beratur." betul dari segi tatabahasa. Terima kasih. | Ayat “Saya dan kawan-kawan turun dari bas dengan beratur" betul dari tatabahasa. | | Tatabahasa | 15.04.2017 |
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya. | Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan. | Tatabahasa | 06.04.2013 |
Dear sir/madam, Q1. Can I use the word 'anda' in the introduction of a document whilst for the rest of the document, I use 'kamu'? Is this considered as inconsistent? Q2. Is 'anda' for singular usage only or can I use it to refer to a group of people like 'kawan-kawan'? Eg. 'kawan-kawan, anda dijemput untuk menghadiri...' or must I write it as 'kawan-kawan, anda SEMUA dijemput untuk menghadiri...' Thank you in advance | Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan “anda” atau ”kamu” boleh digunakan. Pilih “kamu” atau “anda” dan selaraskan penggunaannya dalam seluruh dokumen. | Tatabahasa | 16.07.2018 |
|
Tesaurus |
---|
| kawan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong,
kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,
3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,
4. Dalam konteks makanan bersinonim dengan judu, jodoh,
| Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina kawanlah Cina, Mari kawan dalam kelas; Sungguh saya bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas.
Lihat selanjutnya... |
|