Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Hujung Batu jauh di kota, Ke Bohor Temak membeli kopi; Benda tak tentu jangan dikata, Benda tak gamak selalu jadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mali-mali hujung pangkalnya, Asam kandis asam gelugur; Kembalilah dagang asalnya, Duduk menangis pintu kubur.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bungasena di hujung ranting, Ditiup angin gugur ke lain; Jika bunga tak hendak disunting, Boleh dibuat peraksi kain.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ketitir hujung serambi, Putik belimbing bergetu-getu; Lepas diusik pada kami, Ambil adinda muka pintu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang melambut, Mari hinggap di pokok ciku; Hendak mati di hujung rambut, Hendak berkubur di hujung kuku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Umpan mari kulit duku, Orang mengail jauh ke laut; Kalau nyawaku di hujung kuku, Nyawa kau juga di hujung rambut.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,

Puisi
 

Hujung sirih berkedut-kedut,
     Susun sampai di kedai Cina;
Kasih tuan membujuk-bujuk,
     Kasih tidak kekal lama.



Lihat selanjutnya...