Kata |
Takrif |
Sumber |
rektum | /réktum/ ist bahagian akhir usus besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
epilog | (épilog) 1. bahagian akhir sesebuah karya atau drama yg memberi komen atau ringkasan tentang karya yg berkenaan; 2. ucapan ringkas atau puisi yg diungkapkan oleh seseorang pelakon kpd penonton pd penghujung sesebuah persembahan drama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ileokolitis | (iléokolitis) (Ubat) radang pd bahagian akhir usus kecil dan usus besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ileitis | (iléitis) (Ubat) radang pd bahagian akhir usus kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rektum /réktum/ | ist bahagian akhir usus besar. | Kamus Pelajar |
kolofon | 1. lambang penerbit pd buku; 2. petunjuk pd bahagian akhir buku tentang nama penerbit, waktu terbit, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
indeks | (indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antiklimaks | keadaan atau perasaan yg kesannya turun atau menjunam dgn tiba-tiba drpd keadaan atau aliran yg memuncak: Para penonton kecewa kerana bahagian akhir drama itu merupakan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyenamkan | menggerakkan bahagian-bahagian badan secara senaman: pd akhir pengurutan, Pak Hassan akan ~ orang yg diurutnya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujung | 1 bahagian yg akhir pd sesuatu yg panjang (tali, jalan dll): tongkat besi yg tajam ~nya. 2 akhir; penghabisan (bulan, minggu, tahun dll): Dia pulang ke kampungnya pd tiap-tiap ~ bulan. 3 bahagian yg tajam atau lancip: ~ pensel; ~ hidung. 4 tempat yg dekat dgn tepi; tempat yg terjauh dr pusat: Mereka tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur. berhujung ada hujungnya; mempunyai hujung: tongkat yg ~ tajam. hujungan sesuatu yg letaknya di hujung: Dlm ~ buku itu, ada dinyatakan keterangan ttg vitamin A. penghujung akhir; penghabisan: ~ bulan (minggu, tahun dll) akhir bulan (minggu, tahun dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
finish | n 1. last stage or part, bahagian /akhir, penghabisan/: I missed the ~ of the football match, saya tdk melihat bahagian penghabisan perlawanan bola sepak itu; 2. end, berakhir: it was a very close ~ between Cramm, Ovett and Said Aouita, perlumbaan antara Cramm, Ovett dan Said Aouita berakhir dgn saingan rapat antara mereka; 3. appearance, texture, etc of surface, kemasan: a 19th-century piano with a beautiful ~, piano kurun ke-19 yg kemasannya cantik sekali; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conclusion | n 1. (end, termination) tamat, berakhir, selesai; (closing part) bahagian akhir; (of book, speech, etc) kesimpulan; in ~, akhir sekali, sebagai penutup; 2. deduction, kesimpulan; /come to, reach/ a ~, membuat kesimpulan; draw a ~, membuat kesimpulan; jump to ~s, membuat kesimpulan dgn tergesa-gesa; 3. act of arranging and setting, a. (agreement, treaty, etc) pengikatan: the ~ of the trade agreement with Bulgaria, pengikatan perjanjian perdagangan dgn Bulgaria; b. (sale, deal, negotiation, etc) pencapaian persetujuan dlm; c. (alliance) pembentukan, d. (compromise) pencapaian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
latter | adj 1. the second mentioned of two, kedua: of the two plays, Hamlet and Macbeth, I prefer the ~, antara dua lakonan itu, Hamlet dan Macbeth, saya lebih menyukai yg kedua;2. belonging to a later time or period, akhir: the ~ part of the novel is set in Greece, bahagian akhir novel itu berlatarkan Greece; he did a lot of travelling in the ~ part of last year, dia banyak berjalan pd akhir tahun lepas; the ~ years of his life, pd tahun-tahun akhir hayatnya; the ~ part of the year, setengah tahun kedua; 3. recent, present, /akhir-akhir, kebelakangan/ ini: life has changed considerably for her in these ~ days, hidupnya banyak berubah akhir-akhir ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
highlight | n 1. (photog, painting, etc) bahagian yg terang; 2. (fig.) most interesting or important part, acara kemuncak; (of TV programmes, football match, etc) sorotan penting: the ~ of the evening, acara kemuncak pd petang ini; the ~s of the finals will be aired tonight, sorotan penting pertandingan akhir akan disiarkan malam ini; 3. (in pl) tinted or bleached portion of hair, penyerlah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
coda | koda | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian akhir penulisan sastera atau komposisi muzik. Pada bahagian akhir ini, tema sesebuah karya diringkaskan atau dikemukakan secara menyeluruh agar ceritanya lebih berkesan dan mudah difahami pembaca. Koda berasal daripada bahasa Latin cauda yang bermaksud ekor. Dalam kesusasteraan Melayu, koda dikenali sebagai buah cerita. |
peroration | penggulungan pidato | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian akhir penggulungan pidato, ucapan atau wacana; apa yang berlaku terdahulu yang menunjukkan bagaimana pemidato Yunani dan Roman suka menggunakan dalam sesuatu perbahasan. |
epimythium | moral akhiran | Kesusasteraan | Tiada | Senarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral. |
compression pressure | tekanan mampatan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tekanan dalam kebuk pembakaran pada bahagian akhir lejang mampatan. |
cauda | baris tambahan | Kesusasteraan | Puisi | Baris atau kelompok baris yang matranya berbeza. Lazimnya terdapat pada bahagian akhir sesuatu rangkap puisi yang pendek dan pembahagian rangkapnya tidak jelas. Sinonim koda. |
turning point | titik perubahan | Kesusasteraan | Tiada | Detik dalam naratif atau drama apabila cerita mencapai klimaks, kemudian berubah arah dan mula menurun menuju ke bahagian akhir. Titik perubahan ini dapat dilihat, contohnya pada nasib protagonis yang bertukar daripada baik kepada buruk, atau sebaliknya. Aristotle merujuk perubahan nasib ini sebagai peripeteia. Lihat juga krisis, peripeteia, puncak. |
collophon | kolofon | Kesusasteraan | Tiada | Maklumat pada bahagian akhir sesebuah manuskrip bertulis tangan atau bercetak yang mencatatkan nama pengarang, tajuk karya, tarikh diterbitkan, dan nama pencetak. Dalam konteks penulisan moden, kolofon biasanya terdapat pada bahagian awal buku, mencatakan nama penerbit, tempat terbit, tanda dagangan, jenis kertas, jenis huruf, dan sebagainya. Dalam tradisi penulisan manuskrip lama, kolofon merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk diketahui oleh pembaca. Pada bahagian tersebut, pembaca akan mengetahui nama pengarang, penyalin manuskrip, tarikh dan tempat manuskrip ditulis atau disalin. Maklumat yang diperoleh menjadi panduan kepada pembaca atau pengkaji untuk mengetahui sejarah dan latar belakang manuskrip berkenaan. Manuskrip yang tidak mempunyai kolofon akan memberikan pelbagai masalah kepada pembaca atau pengkaji untuk menentukan kedudukan manuskrip berkenaan. Contohnya, dablah Hikayat Raja Pasai (Russell Jones, 1987), terdapat kolofon seperti yang berikut: Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang mendengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wa taala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat shafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wassalam. Tamat hari Isnin, kepada hari, Dua puluh sa, kepada bulan, Muharam, sanat za Hijratul Nabi 1230, Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapupu nagari Demak nagari Bagor , warsa 1742. |
alignment | penjajaran; pembarisan; selarian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Penjajaran: Kesesuaian sebenar dalam satu bentuk garisan lurus pada bahagian atas dan bawah surat-surat dan huruf-huruf dalam satu fon. 2. Pembarisan: Susunan taip dalam satu garisan lurus. 3. Selarian: Kedudukan garis taip supaya bahagian akhir kelihatan sama pada bahagian margin. |
plot | plot | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat. Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama, dan teater. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, koplikasi, dan resolusi. Eksposisi ialah bahagian awal yang memperkenal setiap watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah tahap pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketegangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semua naratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot itu tidak mengikut rentetan eksposisi, komplikasi dan resolusi. Contohnya, ada naratif yang plotnya langsung tidak memberikan resolusi, malah ada naratif yang tidak mempunyai plot yang jelas. Contoh novel yang memperlihatkan plot yang konvensional ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi, dan novel Sangeetha oleh Azizi Haji Abdullah, sementara novel Daerah Zani oleh A. Samad Said memperlihatkan plot yang bukan konvensional. |
apocope | lenyapan akhir | Kesusasteraan | Puisi | Penghilangan huruf, bunyi, suku kata atau bahagian pada akhir perkataan. Contohnya, kata 'mutiar' dalam puisi "Bulan" karya Rustam Effendi sebenarnya berasal daripada kata 'mutiara'. |
Kamus Sains.indb abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 henry. (KEJ) abhymenium (abhimenium) Bahagian permukaan jasad buah yang terletak setentang dengan himenium. (BIO) abiocoen (abiosen) Unsur bukan biotik dalam sesuatu habitat. (BIO) A Kamus Sains.indb 1 7/8/08 11:44:02 AM atau keadaan yang luar biasa atau ganjil. Contohnya, mempunyai enam jari pada tangan. (BIO) abohm (abohm) Unit ukuran rintangan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 -9 ohm. (KEJ) abomasum (abomasum) Bahagian keempat dan terakhir perut haiwan ruminan, yang merupakan ruang pencernaan sebenar. Bahagian ini dilapisi mukosa yang mengandungi sel yang merembeskan asid hidroklorik dan enzim pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis ilmu untuk menyusun kamus ini. Kepada pegawai projek yang sentiasa amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya, kami ucapkan setinggi- tinggi terima kasih. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada editor dari Bahagian Peristilahan dan Leksikologi yang sentiasa cekap dan berdedikasi, membantu menguruskan penerbitan kamus ini sehingga selesai. Akhir kata, walaupun kamus ini sudah sampai ke tangan pengguna tetapi ilmu akan sentiasa berkembang
|
Kamus Thai 2.indb ่ นดินเกิด Rakyat mesti taat setia terhadap tanah tum pah darahnya. จงอาง [coa:] น ular tedung selar จด 1 [cot] ก 1 bersempadan dengan: ภาคเหนือของประเทศไทยจดกับประเทศลาวและ พม ่ าที่ จังหวัดเชียงราย Bahagian Utara Ne gara Thai bersempadan dengan Laos dan Myanmar di wilayah Chiangrai. 2 sampai: ระยะทางจากเหนือจดใต ้ ของประเทศ ไทยราว ๆ 2000 กม. Jarak dari utara sam pai ke selatan Thai kira กลับคู ่ ต ่ อสู ้ อย ่ างรวดเร็ว Pasukannya menunggu pe luang untuk menyerang balas pasukan lawan. จังหวัด [cawat] น wilayah: ปัตตานี เป็นจังหวัดในภาคใต ้ ของประเทศไทย Pattani merupakan wilayah di bahagian Sela tan Thai. จัญไร [canrai] ว sial, celaka จัณฑาล [canta:n] ว paria จัด¹ [cat] ว amat, terlalu, sangat, luar biasa: แพทย ์ ห ้ ามผู ้ ป ่ วยโรคหัวใจรับประทาน
|
Kamus Thai 2.indb memunjut: ชาวนาคนนั ้ นรวบ ปากกระสอบข ้ าวเปลือกแล ้ วมัดด ้ วยเชือก Pe- sawah itu memunjut mulut guni padi lalu mengikatnya dengan tali. รวบยอด [-y:t] ก menjumlahkan: บริษัทจะรวบยอดบัญชีทุกสิ้ นปี Pada akhir tahun syarikat akan menjumlahkan semua pendapatannya. รวบรวม [-ruam] ก mengumpul: ชาวบ ้ าน ตำบลเมาะมาวีรวบรวมเงินบริจาคเพื่ อสร ้ าง มัสยิด Penduduk kampung Mak Mawi mengumpul wang derma untuk mem- bina masjid. รวบรัด สนามสองรอบก ่ อนฝึกซ ้ อม Pemain bola sepak berlari mengelilingi padang se- banyak dua pusingan padang sebelum memulakan latihan. รอบก ่ อนรองชนะเลิศ [-k:nr:ca- nal:t] ว pusingan suku akhir รอบเช ้ า [-ca :w] ว sebelah pagi รอบบ ่ าย [-ba:y] ว sebelah petang รอบชิงชนะเลิศ [-cicanal:t] ว pusingan akhir รอบรองชนะเลิศ [-r:canal:t] ว pusingan separuh |
Kamus Thai 2.indb ne:n] ก menekankan: อธิการบดีเน ้ น ว ่ าในป ี หน ้ านักศึกษาป ี สุดท ้ ายทุกคนต ้ องพักนอก หอพักมหาวิทยาลัย Presiden menekankan bahawa pada tahun hadapan semua pelajar tahun akhir dikehendaki ting- gal di luar asrama universiti. เนย [n:y] น mentega เนยแข็ง [-kε] น keju เนรคุณ [ne:rakun] ว tidak menge nang budi เนรเทศ [ne:rate:t] ก buang 2 menandakan: ฟ ้ าครื้ มเป็นสัญญาณบอกว ่ าฝนจะตก Langit mendung menandakan hujan akan turun. 3 menasihati: แม ่ ทัพภาคที่ 4 บอกประชาชน ในสามจังหวัดชายแดนภาคใต ้ ให ้ อดทน Ketua Angkatan Tentera Bahagian 4 menasi- hati penduduk di tiga wilayah selatan Thai supaya bersabar. บอกกล ่ าว [-kla:w] ดู บอก ความหมายที่ 1 บอกบท [-bot] ก membantu ingat, membisikkan: ผู ้ กำกับละครบอกบทแก ่
|
Kamus Thai 2.indb dua buah negara itu akhirnya mence- tuskan peperangan. กรณีศึกษา [-sksa:] น kajian kes: น ั กศึกษาปีสุดท ้ ายของมหาวิทยาล ั ยน ั ้น กำล ั งทำวิจ ั ยกรณีศึกษาความยากจนของคน รูสะมิแล Pelajar tahun akhir universiti itu sedang menjalankan kajian kes tentang kemiskinan penduduk Kam- pung Rusamilae. กรณียกิจ [-yaki t] ดู พระราชกรณียกิจ กรด [krot] น (สารเคมี) asid กรดกำมะถัน [-kammatan] น asid sulfurik กรดเกลือ [-kl น anak tangga ข ั ้นพื้นฐาน [-p:nta:n] น peringkat asas ข ั ้นแรก [-rε:k] น tahap pertama ข ั ้นสุดท ้ าย [-sutta:y] น peringkat ter akhir ข ั ้นสูงสุด [-su:sut] น tahap tertinggi, maksimum ข ั นติ [kanti ] น kesabaran ข ั นที [kanti:] น sida-sida ข ั ด ขันที Kamus Thai |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ginjal | kidney | Organ perkumuhan yang terletak di bahagian abdomen vertebrata. Ginjal terdiri daripada bahagian luar, iaitu korteks, dan bahagian dalam, iaitu medula. Ia berfungsi menuras darah, mengumuh hasil akhir metabolisme dalam bentuk air kencing, dan mengawal tekanan osmosis darah. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagian akhir |
|
|