Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RIANG-RIANG | Riang-riang ialah serangga berwarna gelap, berbadan berat. Ia mempunyai empat sayap yang nipis, yang pada badannya boleh dilipat seperti bumbung. Kepala riang-riang adalah lebar dengan sesungut yang pendek, bak bulu kejur yang dinamakan antena . | UMUM | |
MABUK KETINGGIAN | Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu, loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes, seseorang akan muntah apabila mengalaminya. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kepala (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,
2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa,
mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah,
lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,
3. Dalam konteks surat bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,
4. Dalam konteks perkiraan bersinonim dengan orang, individu,
5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,
| Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai, |
|
|