Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Ensiklopedia ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
berat kepalatidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
ngeluJw berasa berat kepala, berasa pening sekali.Kamus Dewan Edisi Keempat
berat kepalaa) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepala berattidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepala I1. bahagian tubuh (manusia atau bi­natang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu; sakit ~ sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, per­tubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~; ~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata ter­penting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kam­pung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, loko­motif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayat Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintu bahagian betul-betul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh; ~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia te­rus meminta lagi (bkn seseorang yg di­manjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun; berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; mengepala berlaku atau memainkan pera­nan sbg kepala (pemimpin dll); mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola; pengepala orang yg mengepalai.Kamus Dewan Edisi Keempat
beban1. barang yg dibawa (di atas kuda, keldai, dll) atau dipikul; kuda ~ kuda utk mengangkat beban, kuda muatan; 2. tanggungan (kewajiban) yg berat: dia menjadi ~ kpd kedua-dua orang tuanya; kenaikan harga barang merupakan satu ~ kpd orang ramai; 3. tanggungan drpd kenaikan cukai; ~ berat senggulung batu prb tanggungan yg sangat berat; ~ sudah di pintu prb beban sudah dekat utk dibawa (anak perempuan yg sudah patut dipersuamikan); besar senggulung drpd ~ prb besar belanja drpd pendapatan; ibarat ~ belum lepas dr bahu (kepala) prb belum lepas drpd tanggungan; seberat-berat ~, di atas kepala jua prb betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu); seberat-berat ~, laba jangan ditinggalkan prb walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu; tiada ~ dicari ~, pergi ke pulau batu digalas prb mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri; membebani memberi beban (tanggungan yg berat) kpd, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban: ~ murid dgn kerja rumah; kebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yg berat;membebankan memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~;bebanan beban;pembebanan perbuatan membebani atau membebankan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghumbankanmelontarkan, melem­par­kan: diambil pula batu berat sepikul dihumbankannya ke kepala Awang;Kamus Dewan Edisi Keempat
berat1. tekanan benda (apabila ditimbang), ukuran timbangan (sesuatu): cuba timbang supaya diketahui ~ barang itu; 2. tidak ringan, mempunyai tekanan yg kuat (kalau ditimbang): tidak terpikul olehku benda yg ~ itu; 3. sukar (dilakukan, diselesaikan, dsb), sulit, susah: kira-kira serupa itu terlampau ~ bagi murid-murid sekolah rendah; kerja dan tanggungjawab yg ~; 4. amat sangat, kuat: dia sakit ~; 5. menyebelah, memihak; ~ pd (kpd) memihak kpd; ~ sebelah menyebelah kpd satu pihak (tidak adil); 6. bkn novel, drama, dll yg mengisahkan perkara yg serius (spt pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dsb): novel Salina karya A. Samad Said ialah sebuah novel yg ~; 7. bkn kesalahan dll yg tidak boleh dianggap ringan atau kecil, serius: membunuh ialah satu kesalahan yg ~; azab seksa yg ~; 8. bkn sikap (pendirian dsb) yg sungguh-sungguh: Mohd Affandi memberi perhatian yg ~ kpd masyarakat dlm tulisannya ini; 9. bkn makanan yg (sangat) mengenyangkan: makanan ~ biasanya membuat kita mengantuk; ~ atom berat sesuatu atom berbanding dgn berat satu atom hidrogen; ~ hati a) enggan, tidak sampai hati: ~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; b) cenderung (memikirkan, menyangka, dll): ~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dlm kemalangan; ~ kepala a) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala; ~ lidah = ~ mulut pendiam, kurang ramah; ~ mata (lekas) mengantuk; ~ otak susah hati; ~ siku = ~ tangan enggan bekerja (menolong), malas; ~ telinga pekak, kurang jelas pendengaran; ~ tulang malas; ~ sama dipikul, ringan sama dijinjing prb baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat); berapa ~ mata memandang, ~ lagi bahu memikul prb betapa juga susah orang yg melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yg menanggungnya; nan ~ tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing prb orang yg sangat tua dan lemah;berberat mempunyai berat: nanas sarawak ~ sehingga 12 kilogram; memberat 1. menjadi berat: dia berasa sesuatu yg ~ di dlm dadanya; 2. tampak berat, seakan-akan berat: susu kambing itu tergayut-gayut dan ~; ~ isi Kl telah penuh berisi tetapi belum masak (padi, rambutan, dll);memberati 1. memberi beban (kpd), membebani: baiklah aku pergi, mudah-mudahan aku tidak lagi akan ~ keluarga di rumah ini; 2. menambah beban, menyusahkan: hal rumah tangga ~ fikirannya;memberatkan 1. menjadikan berat (beban, kesalahan, tuduhan, dll): urusan yg semacam ini ~ beban saya; keterangan saksi itu ~ kesalahannya; 2. membebankan (menyerahkan kpd): pekerjaan itu tidak boleh diberatkan kpd seseorang sahaja; 3. menganggap penting (tinggi, mulia, dll), mengutamakan, mementingkan: soal taraf lebih diberatkan drpd kepentingan negara; tulisan kritikan sastera Melayu yg ~ aspek agama; memperberat menambah berat, memberatkan lagi; terberat sl dipandang (dianggap) berat (tinggi, mulia, dll): pd bicara patik, baik juga duli paduka Betara menyambut paduka anakanda itu supaya ~ pd mata orang sekalian;keberatan 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya;berkeberatan keberatan;pemberatan perihal memberati atau memberatkan;pemberat benda (spt batu, timah, dsb) utk memberatkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
destarsetangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala: ~ beranting-anting; ~ berapi-api destar utk penari-penari; ~ bertatah destar yg disematkan perhiasan; ~ hitam berkotak destar utk penghulu adat; ~ pelangi destar yg beraneka warna; ~ tebu setuntung dll; ~ habis, kopiah luluh prb perihal menang­gung kerugian (kesusahan dll) yg besar (berat dll); ~ hancur, kopiah hancur prb perihal perbuatan yg kurang hemat; berdestar memakai destar.Kamus Dewan Edisi Keempat
walakinAr 1. meskipun, walaupun, sungguh­pun: kehendak yg suci itu diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dgn hati berat; 2. akan tetapi, namun (demikian).Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,