Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAROO | Karoo ialah kawasan tinggi separa gurun di tanah tinggi di provinsi Cape Timur, Afrika Selatan. Nama ini berasal daripada pemerian tentang keras dan kering; tanah tandus dan belukar kecil oleh orang Khoikhoin. | UMUM | |
BOT TUNDA | Bot tunda merupakan bot kecil berkuasa tinggi yang mengendalikan kapal besar. Bot tunda beroperasi di laut, sungai dan terusan, juga di selat dan pelabuhan. Ia digerakkan oleh kuasa daripada stim, diesel, atau enjin diesel-elektrik. | UMUM | |
OBO | Obo ialah alat tiup woodwind berpipit paling kecil dan paling tinggi picnya. Nama alat ini diambil daripada dua perkataan Perancis: haut yang bermakna tinggi , dan bois yang bermakna kayu . Obo berukuran kira-kira 53 sentimeter panjang. Ia dicipta pada tahun 1600-an, berkemungkinan oleh dua orang ahli muzik Perancis, Jean Hotteterre dan André Philidor. | UMUM | |
MERANTI | Meranti ialah sejenis pokok hutan yang tinggi, besar, berdaun tunggal dan agak kecil, tetapi bahagian hujungnya, biasanya kembang, dan batang bawahnya berbanir. Kayu meranti digunakan untuk membuat rumah dan bangunan. Manakala sesetengah jenis meranti pula dapat menghasilkan damar dan tengkawang. | UMUM | |
PIKOLO | Pikolo ialah alat muzik tiupan yang paling kecil dan mengeluarkan nada kelangsingan yang paling tinggi. Alat muzik ini tergolong dalam kumpulan flut atau seruling. | UMUM | |
AVEN GUNUNG | Aven gunung ialah sejenis tumbuhan kecil dan tahan lasak yang hidup liar di kawasan utara dan artik. Aven gunung juga lambang bagi Wilayah Barat Laut Kanada. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil berwarna putih atau kuning dan berbentuk seperti piring. Tumbuhan ini tumbuh di belebas tinggi dan di cerun yang berbatu, di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Pengelasan saintifik. Aven gunung adalah dari famili mawar (rose), Rosaceae. Ia merupakan genus Dryas . Aven gunung kuning yang terdapat di kawasan Rockies Kanada (Canadian Rockies) ialah D. drummondii . Aven gunung biasa ialah D. octopetala . | UMUM | |
RIMU | Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik dan sangat berharga, digunakan untuk membina rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi, dengan dahannya yang melentok berwarna hijau pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada batangnya. Seperti semua pain, pokok ini mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh di hujung dahan; bunga jantan dalam bentuk mayang dan bunga betina dalam bentuk kon kecil. Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan atau bunga betina. | UMUM | |
PORSELIN | Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya (boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah keluaran seramik yang paling keras, porselin digunakan sebagai penebat elektrik dan kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun, porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis porselin yang digunakan untuk tujuan ini menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik. | UMUM | |
TACHYON | Tachyon ialah zarah asas hipotetikal. Zarah asas ialah zarah subatom, yang tidak mempunyai bahagian kecil yang diketahui. Sekiranya tachyon wujud secara semula jadi, ia tidak pernah diam tetapi sentiasa bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi daripada kelajuan cahaya. | UMUM | |
SWEET FLAG | Sweet flag ialah tumbuhan tinggi bak mensiang, dalam famili arum. Ia tumbuh di sepanjang anak air dan di rawang di hampir semua bahagian di Hemisfera Utara. Daunnya leper dan panjangnya 60 sentimeter hingga 180 sentimeter. Ia berbentuk seperti pedang dua mata. Batang sweet flag hampir seperti daunnya, tetapi lebih keras dan mengeluarkan spika bunga yang kecil, hijau berhampiran dengan puncaknya. Daun dan batangnya tumbuh secara langsung dari stok akar bawah tanah. Stok akarnya digunakan sebagai tonik, dan untuk membuat minyak wangi dan sediaan bilik mandi. Di Eropah, stok akarnya dijadikan makanan. Pengelasan saintifik. Sweet flag tergolong dalam famili arum, Araceae. Ia adalah Acorus calamus. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.
Lihat selanjutnya... |
|