Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TENEMEN | Tenemen ialah satu istilah yang kerap digunakan untuk menerangkan tentang rumah kediaman yang sesak lagi usang. Tenemen juga merujuk kepada sebarang bangunan kediaman yang disewakan kepada dua atau lebih keluarga atau penyewa. Sebuah tenemen boleh merupakan sebuah bangunan kediaman lama yang diubahsuai untuk menempatkan keluarga yang berpendapatan rendah dengan kemudahan yang kurang bermutu. | UMUM | |
SUNGAI VISTULA | Sungai Vistula ialah laluan air yang penting di kawasan timur Eropah Tengah. Sungai ini ialah laluan yang sesak di Poland. Sungai Vistula bermula di Pergunungan Carpathian di bahagian selatan Poland, dan seterusnya mengalir mengikut laluan berlingkar ke arah utara. Sungai ini merentasi bandar Warsaw dan mengalir dalam beberapa cawangan sebelum memasuki Laut Baltik. Gda´nsk terletak di kuala Sungai Nogat, iaitu cawangan sungai tersebut yang paling ke barat. Lihat Poland (peta rupa bumi). | UMUM | |
O'CASEY, SEAN | OCasey, Sean (18801964), berkemungkinan penulis drama Ireland yang teragung pada zamannya. Dia lahir di kawasan sesak Dublin dan belajar sendirian. OCasey memperoleh kemasyhuran apabila Abbey Theatre Dublin mementaskan tiga dramanya The Shadow of a Gunman (1923), Juno and the Paycock (1924), dan The Plough and the Stars (1926). | UMUM | |
CHISHOLM, CAROLINE | Chisholm, Caroline (18081877), menumpukan sebahagian besar hayatnya terhadap kebajikan para pendatang ke Australia. Dia juga menggalakkan pendatang ini meninggalkan bandar yang sesak dan menetap di tanah ladang Australia. | UMUM | Umum |
KURAP | Kurap ialah penyakit kulit yang menyerang anjing, kuda, biri-biri dan lembu. Kurap menyerang haiwan yang kotor dan terbiar, yang hidup dalam kumpulan atau dalam keadaan sesak. | UMUM | |
PULAU LONG | Pulau Long (pend. 6 861 474) ialah pulau yang membentuk bahagian tenggara negeri New York. Jumlah penduduknya lebih besar daripada jumlah penduduk di 41 buah daripada 50 buah negeri di Amerika Syarikat. Pulau ini dipenuhi kawasan bandar yang sesak, kawasan subbandar yang besar, dan bandar kediaman yang lebih kecil. Ladang, perkampungan nelayan, dan pusat peranginan terletak di kawasan sebelah timur. Sebahagian daripada kawasan sebelah barat Pulau Long termasuk dalam kawasan New York City. | UMUM | |
MABUK KETINGGIAN | Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu, loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes, seseorang akan muntah apabila mengalaminya. | UMUM | |
PICKERING, WILLIAM | Pickering , William (18401907) ialah kakitangan awam British yang menjadi pelindung pertama orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli (buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli- kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak, malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai pelindung adalah untuk menghentikan layanan buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan ketat sebagai langkah mengawal perjudian. | UMUM | |
STRES | Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita sering mengalami stres akibat peristiwa besar dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian, atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita. Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat menangani sesuatu cabaran dengan berkesan mungkin mengalami stres. | UMUM | |
ALAHAN MAKANAN | Alahan makanan ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan sebarang keadaan, daripada serangan bersin dan mata berair, hingga kepada sesak nafas, ruam merah yang gatal atau bibir dan lidah yang bengkak selepas memakan sesuatu jenis makanan. | PEMAKANAN | Penyakit |
|
Tesaurus |
---|
| sesak (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak lapang: sendat, sempit, Berantonim dengan lapang
2. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, merasak, Berantonim dengan kosong
3. Dalam konteks nafas bersinonim dengan tersumbat, tersekat, sendat, senak, sebak, sebu, senuh, segah, sangih, sekak, Berantonim dengan lega
4. Bersinonim dengan susah: payah, sempit, serba kekurangan, miskin, papa, terhimpit, tersepit, terdesak, picik, Berantonim dengan senang
| Kata Terbitan : bersesak-sesak, menyesakkan, tersesak, kesesakan, |
|
|