Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MOLOTOV, VYACHESLAV MIKHAILOVICH | Molotov, Vyacheslav Mikhailovich (1890 1986), terkenal semasa menjadi Menteri Luar Kesatuan Soviet selama dua penggal. Dia diturunkan pangkat pada tahun 1957 kerana penentangannya terhadap Nikita S. Khrushchev, Setiausaha Pertama Parti Komunis Soviet. Dia dipecat daripada menganggotai Presidium Parti Komunis dan dapat dianggap seperti dibuang negeri apabila dia dilantik sebagai duta ke Mongolia Luar. Pada tahun 1960, dia menjadi wakil Soviet ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Vienna, Austria. Parti Komunis Soviet mengutuknya pada tahun 1961, dan dia pun pulang ke Moscow. Pada tahun 1962, dia disingkirkan daripada parti. Majlis Tertinggi Soviet mengarahkan namanya ditarik balik daripada digunakan untuk bandar, bangunan, dan objek lain di seluruh Soviet. Dia dilantik semula sebagai anggota parti pada tahun 1984. | UMUM | |
PELITA BAHASA MELAYU | PELITA BAHASA Melayu, buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Zaba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu. Pelita Bahasa Melayu Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, Pelita Bahasa Melayu Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III (PBM III) pada tahun 1947. Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962. Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965. | BAHASA | Penerbitan |
PARKES, SIR HENRY | Parkes, Sir Henry (18151896), berkhidmat sebagai perdana menteri New South Wales, Australia dalam lima penggal antara tahun 1872 dan tahun 1891. | UMUM | |
RHEE, SYNGMAN | Rhee, Syngman (18751965), negarawan Korea yang memegang jawatan Presiden Republik Korea yang pertama pada tahun 1948. Dia meletak jawatan sebagai presiden pada tahun 1960, walaupun dipilih semula untuk menyandang jawatan presiden bagi penggal yang keempat. Ini berikutan terjadinya rusuhan yang meluas disebabkan amalan pilihan raya yang tidak adil. | UMUM | |
MITTERRAND, FRANÇOIS-MAURICE | Mitterrand, François-Maurice (19161996) ialah Presiden Perancis pada tahun 1981 hingga tahun 1995. Sebagai ahli Parti Sosialis, Mitterrand adalah ahli berhaluan kiri yang pertama menjadi Presiden Perancis sejak tahun 1958. Dia bersara pada tahun 1995 setelah tamat penggal kedua pemerintahannya. Jacques Chirac, seorang konservatif menggantikannya. | UMUM | |
QUAYLE, DAN | Quayle, Dan (1947 ), Naib Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1989 hingga tahun 1993, semasa pemerintahan Presiden George Bush. Sebelum menjadi naib presiden, Quayle mewakili Indiana di dalam Senat Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga tahun 1989. Sebelum itu, dia telah berkhidmat selama dua penggal di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. | UMUM | |
PÉREZ DE CUÉLLAR, JAVIER | Pérez de Cuéllar, Javier ( 1920 ) ialah diplomat Peru yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelima dari tahun 1982 hingga tahun 1991. Dia menggantikan Kurt Waldheim dari Austria yang memegang jawatan itu sejak tahun 1972. Pérez de Cuéllar ialah Setiausaha Agung PBB pertama yang berasal dari Amerika Latin. Dia berkhidmat selama dua penggal iaitu sepanjang sepuluh tahun. Dia digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali dari Mesir pada bulan Januari 1992. | UMUM | |
CENDERAMATA | CENDERAMATA, majalah rasmi Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan November 1923 dan diterbitkan dua kali setahun menurut penggal maktab ini pada masa sebelum merdeka. Kini majalah ini diterbitkan setahun sekali. Majalah Cenderamata selepas merdeka hingga kini berukuran 25 cm x 19 cm dan purata mengandungi 140 halaman. Majalah ini pada peringkat awalnya amat kurang memuatkan gambar kecuali terbitan selepas perang. | SASTERA | Karya |
MADISON, JAMES | Madison, James (17511836) ialah presiden keempat Amerika Syarikat yang berkhidmat dari tahun 1809 hingga tahun 1817. Dia digelar Bapa Perlembagaan Amerika Syarikat kerana dia merancang sistem sekatan dan imbangan yang boleh mengawal kerajaan Amerika Syarikat. Dia menjadi presiden Amerika Syarikat semasa perang tahun 1812 antara Amerika dan Britain. Madison lahir pada 16 Mac, 1751 (5 Mac mengikut kalendar yang digunakan pada masa itu), di Port Conway, Virginia, pada waktu itu koloni British. Pada tahun 1776, dia berkhidmat di Majlis Perundangan Virginia yang pertama yang menemukannya dengan Thomas Jefferson (lihat Jefferson, Thomas ). Pada tahun 1779, Madison telah dipilih untuk ke Kongres Benua, dan kembali pada tahun 1783 untuk berkhidmat selama tiga penggal di dewan perundangan negeri Virginia. | UMUM | |
PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA | PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA, satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam buku karangan Za'ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Buku ini diterbitkan pada tahun 1949. Usaha mengumpul bahan untuk buku ini bermula pada tahun 1918 tetapi hanya pada tahun 1938 bahan-bahannya siap dikumpul. Pada bahagian permulaan buku ini diberikan kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi atau dengan kata lain Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu. Sebenarnya sebelum disusun kaedah ejaan Jawi yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu, Za'ba telah menulis sebuah buku yang berjudul Rahsia Tulisan Jawi (1931). Pada tahun 1940, Za'ba memasukkan kaedah ejaan Jawi ke dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. | BAHASA | Bahasa |
|
Tesaurus |
---|
| penggal (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kerat: potong, belah, joreng,
2. Bersinonim dengan bahagian: jilid, bab, edisi, keluaran, fasal, perkara, surah, juz, juzuk, perenggan, halaman,
muka surat, helaian, seksyen,
3. Bersinonim dengan semester: sesi, tempoh, jangka masa, jangka waktu, tahun,
| Kata Terbitan : berpenggal-penggal, memenggal, terpenggal, penggalan, pemenggalan, |
|
Puisi |
---|
|
Penggal puan penggal selasih, Penggal keduduk kait-kait; Tinggal tuan tinggallah kasih, Tinggal duduk baik-baik.
Lihat selanjutnya... |
|