Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua negara raja atau permaisuri di negara pemerintahan beraja atau presiden di negara republik melantik perdana menteri. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin parti yang mempunyai suara majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan campuran. Perdana menteri dan kabinet bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini bermakna perdana menteri dan Kabinet patut meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet (lihat Kabinet ). |