Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERDANA MENTERI | Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua negara raja atau permaisuri di negara pemerintahan beraja atau presiden di negara republik melantik perdana menteri. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin parti yang mempunyai suara majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan campuran. Perdana menteri dan kabinet bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini bermakna perdana menteri dan Kabinet patut meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet (lihat Kabinet ). | UMUM | |
RESUSITASI KARDIOPULMONARI | Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary Resuscitation) ialah prosedur pertolongan cemas yang digunakan untuk memulihkan pernafasan dan pengaliran darah seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa serangan jantung yang teruk atau mangsa kemalangan yang serius. Untuk membolehkan mangsa terus hidup, penyelamat mesti memulakan CPR dalam masa empat minit selepas pernafasan dan denyutan jantung mangsa terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| patut (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,
2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya,
perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,
3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,
| Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 302 Don't let the fox guard the hen-house Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests. Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|