Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUSIM PANAS | Musim panas ialah musim yang paling panas dalam setahun. Hemisfera Utara, iaitu separuh bahagian bumi di utara, mengalami musim panas pada akhir bulan Jun, Julai, Ogos, dan awal September. Hari-hari bak hari musim panas kadangkala berlaku pada pertengahan musim luruh. Di Hemisfera Selatan, musim panas bermula dari akhir bulan Disember hingga awal bulan Mac. Untuk tarikh hari pertama musim panas dan perincian tentang kedudukan bumi dan matahari Lihat juga Musim. | UMUM | |
PANCUTAN AIR PANAS | Pancutan air panas ialah mata air yang memancutkan air panas dengan tekanan yang kuat dari semasa ke semasa. Air panas sering kali memancut dari lubang pancutan air panas dalam lajur yang besar. Pancutan air panas menarik ramai pelancong. | UMUM | |
STEPPE | Steppe ialah kawasan yang terutamanya diliputi oleh rumput pendek. Steppe terdapat di kawasan kering yang mengalami musim panas yang panas dan musim sejuk yang sejuk. Kebanyakan steppe menerima purata hujan dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter setahun kurang hujan daripada di praire tetapi lebih banyak hujan daripada gurun. Kawasan pedalaman di Asia, Eropah, dan Amerika Utara mempunyai steppe yang luas. Kebanyakan tumbuhan steppe membesar kurang daripada 30 sentimeter tingginya. | UMUM | |
MATA AIR PANAS | Mata air panas ialah mata air yang mengeluarkan air panas cara semula jadi di dalam tanah. | UMUM | |
HIBERNATOR BERDARAH PANAS | | UMUM | |
HAIWAN BERDARAH PANAS | | UMUM | |
SIROCCO | Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean. Angin sirocco mungkin membawa bersamanya lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala angin ini membawa bersamanya debu gurun. Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin panas yang tidak bermusim yang bertiup dari selatan di kawasan Mediterranean. | UMUM | |
HUTAN HUJAN SEDERHANA PANAS | Hutan hujan sederhana panas, hutan yang tumbuh di kawasan iklim sederhana panas, iaitu keadaan iklim yang hampir seragam sepanjang tahun. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
RUAM PANAS | Ruam panas ialah ruam kulit yang merah lagi gatal. | UMUM | Umum |
SUHU | Suhu ialah betapa panas atau sejuknya sesuatu yang diukur pada skala tertentu. Konsep suhu berkaitan rapat dengan aliran haba di antara dua objek berkaitan yang berbeza suhunya. Haba sentiasa bergerak dari objek yang lebih panas kepada objek yang lebih sejuk. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| panas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku, Berantonim dengan sejuk
2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak, Berantonim dengan kebah
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang, Berantonim dengan redup
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,
5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,
6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,
| Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas, |
|
Puisi |
---|
|
Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh.
Lihat selanjutnya... |
|