Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ARAK PAHIT | Arak pahit ialah istilah bagi cecair yang diekstrak daripada herba, daun, kulit kayu, akar, atau putik buah yang pahit. Banyak orang yang meminum arak pahit sebagai ubat untuk menambahkan selera dan mengaktifkan pencernaan. Manusia juga menggunakan arak pahit sebagai perisa dalam minuman alkohol tertentu. Sesetengah arak pahit jenis tertentu termasuklah Angostura, cinchona, limau oren, gentian, dan camomile. | UMUM | |
PAHIT MANIS | Pahit manis ialah nama dua tumbuhan bak tumbuhan menjalar yang tidak berkaitan. Satu jenis ialah pahit manis Eropah yang juga dinamakan woody nightshade, dan jenis satu lagi ialah pahit manis Amerika, atau pahit manis palsu. Kedua-dua tumbuhan ini ialah tumbuhan memanjat yang tumbuh di kawasan yang lembap, berhutan, dan di sepanjang pagar dan di tepi jalan. | UMUM | |
AKAR PAHIT | Akar pahit ialah sejenis pokok saka kecil dengan daun berair, batang berisi, dan mempunyai sekuntum bunga yang berwarna merah jambu atau putih. | UMUM | Umum |
BUNGA PAHIT | BUNGA PAHIT, kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan ini mengandungi 80 buah puisi yang ditulis dari tahun 1957 hingga tahun 1960, diterbitkan pertama kali oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1967. Dengan terbitnya kumpulan ini bererti lebih daripada 250 buah puisi Masuri S.N. telah diterbitkan dalam bentuk buku, temasuk menerusi dua buah kumpulan puisinya yang terdahulu, iaitu Awan Putih (1958) dan Warna Suasana (1962). | SASTERA | Karya |
ASID PIKRIK | Asid pikrik ialah sejenis bahan kimia industri. Namanya berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud pahit ; satu larutan asid di dalam air mempunyai rasa pahit. | UMUM | |
STRIKNINA | Striknina ialah ubat yang pahit dan beracun, diperoleh daripada biji tumbuhan seperti pokok nux vomica yang terdapat di India dan Indonesia. Striknina terdapat dalam bentuk kristal tanpa warna. Pengambilan striknina dalam dos yang banyak boleh menyebabkan kes keracunan yang teruk, mengakibatkan seseorang itu menggeletar dan boleh mengancam nyawa. Sesetengah orang mendapat keracunan dengan tidak sengaja apabila mereka mengambil dadah yang mengandungi striknina. Tanda-tanda yang biasa ialah menyentak, susah menelan, dan opistotonos (badan tiba-tiba melentik ke belakang). | UMUM | |
MINYAK PETITGRAIN | Minyak petitgrain ialah minyak kuning yang dibuat daripada daun, ranting dan buah daripada pokok oren pahit. Ia digunakan untuk membuat minyak wangi. Paraguay membekalkan kira-kira tujuh per sepuluh daripada minyak petitgrain di dunia. Petitgrain bigarade, iaitu minyak yang lebih berharga daripada minyak petitgrain, dibuat daripada sejenis lagi pokok oren pahit. Petitgrain birgarade dikeluarkan di negara-negara Mediterranean. Lihat juga Oren. | UMUM | |
KUININ | Kuinin ialah bahan yang berasa pahit yang diperoleh daripada kulit pokok cinchona. Ia biasanya digunakan untuk merawat malaria dan penyakit lain. | UMUM | |
KAFEINA | Kafeina ialah pepejal yang tidak berbau, berasa pahit sedikit. Ia ialah bahan perangsang, dan didapati sedikit dalam kopi, teh, dan sesetengah minuman ringan lain. | UMUM | |
SAGEBRUSH | Sagebrush ialah pokok renek yang terkenal kerana baunya yang harum dan rasanya yang pahit. Ia tumbuh di dataran kering di bahagian barat Amerika Syarikat. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 0.5 hingga 4 meter dan mempunyai batang yang lurus keras. Daunnya kecil dan tumbuh rapat-rapat. Bunganya tumbuh di bahagian atas batang dan berwarna kuning atau putih. Setiap bunga mempunyai banyak bunga kecil yang dikenali sebagai floret . | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pahit (adjektif) | 1. Dalam konteks rasa bersinonim dengan maung, pahit maung, Berantonim dengan manis
2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,
| Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan, |
|
Puisi |
---|
|
Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak.
Lihat selanjutnya... |
|