Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MABUK KETINGGIAN | Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu, loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes, seseorang akan muntah apabila mengalaminya. | UMUM | |
ALTITUD | Altitud ialah ketinggian sesuatu objek dari aras permukaan bumi, paras laut ataupun paras yang ditentukan. Sebagai contoh, sebuah kapal terbang boleh terbang pada aras 9100 meter di atas permukaan bumi. | UMUM | Umum |
PERSAMAAN BERNOULLI | Menerangkan kelakuan sesuatu bendalir pada keadaan aliran dan ketinggian yang berubah-ubah. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
TANDA ARAS | Tanda aras ialah titik tetap dan boleh dikenali yang terletak pada ketinggian yang diketahui. Tanda aras biasanya adalah tanda pada objek yang wujud, contohnya pada dinding bangunan. Dalam kes-kes lain, juruukur mungkin memacakkan tiang konkrit ke dalam tanah. Plat loyang di bahagian atas tiang menjadi tanda aras. | UMUM | |
MARIGOLD | Marigold ialah pohon berbunga tahan lasak yang biasanya ditanam dalam taman. Ketinggian Marigold adalah antara 15 sentimeter hingga 90 sentimeter. | UMUM | |
DATARAN | Dataran ialah kawasan tanah yang luas, hampir rata dan tidak terdapat perubahan ketinggian yang mendadak. Dataran biasanya lebih rendah daripada tanah di sekitarnya dan boleh ditemui di tepi pantai ataupun di kawasan pedalaman. | UMUM | |
TEKNOLOGI VAKUM | Tekanan atmosfera boleh diterangkan dalam beberapa unit seperti berat turus raksa (Hg) pada suatu unit luas keratan rentas dengan ketinggian 760 mm. | FIZIK | Proses/Tindak Balas |
PARNASSUS | Parnassus ialah sebuah gunung di Phocis, Greece. Puncak kembarnya mencapai ketinggian sehingga melebihi 2400 meter. | UMUM | |
MALEK NOOR | Malek Noor (1954 ), ahli bina badan. Dia lahir pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor. Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara dalam sukan bina badan. | UMUM | |
OSPREY | Osprey, yang juga dikenali sebagai lang ikan , ialah burung yang memakan ikan. Osprey menjunam ke dalam air dari ketinggian 15 hingga 30 meter untuk mencari makanan. Kakinya dahulu mencecah air dengan cepukan yang kuat dan mencekau ikan dengan cakarnya yang panjang runcing. Burung ini hidup di seluruh dunia di sepanjang sungai, tasik, pantai, dan teluk. Osprey di kawasan utara berhijrah ke kawasan panas pada musim sejuk. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
|