Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAWAN BERGELUT | KAWAN BERGELUT, kumpulan cerpen karya Soeman H.S. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta dan dicetak oleh Penerbit DE BRUG, Amsterdam. Ia mengandungi 12 buah cerpen. Antara cerpen yang terpanjang ialah Papan Reklame lebih kurang 1230 perkataan dan cerpen yang terpendek ialah Tjik Mat, lebih kurang 170 perkataan sahaja. | SASTERA | Karya |
KAWAN BENAR | KAWAN BENAR, novel pertama yang dihasilkan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu. Novel ini diterbitkan pada tahun 1927 dalam tulisan Jawi setebal 177 halaman tanpa menyebut nama penerbitnya. Penerbitan semula novel ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam tulisan Rumi pada tahun 1976 setebal 124 halaman. | SASTERA | Karya |
LI BO | Li Bo (701762) ialah salah seorang pujangga China yang agung. Namanya dieja dengan beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan gambaran romantiknya tentang alam semula jadi, terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya. Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi tentang etika dan norma kesusilaan. | UMUM | |
SALOMA | Saloma, (19351983), penyanyi, pelakon dan Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang seni bermula semenjak zaman persekolahan. Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil bahagian dalam drama berjudul Gadis Moden dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek, kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan persekolahannya. | UMUM | |
THORPE, JEREMY | Thorpe, Jeremy (1929 ) ialah ketua Parti Liberal dari tahun 1967 hingga tahun 1976. John Jeremy Thorpe lahir di London dan mendapat pendidikan di Amerika Syarikat serta Eton College dan Oxford University, England. Pada tahun 1954, Thorpe lulus sebagai barrister . Dia menjadi ahli Parlimen dari parti Liberal bagi kawasan Devon Utara pada tahun 1959. Pada tahun 1979, Thorne dibebaskan daripada tuduhan berkomplot untuk membunuh kawan lamanya, Norman Scott. Thorpe kehilangan kerusi Parlimen semasa pilihan raya tahun 1979. | UMUM | |
TUK KHURASAN | TUK KHURASAN (1875-1944), ulama. Dia lahir di Bhafar, Pakistan. Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Sayid Hasan bin Nur Hasan. Keluarganya berasal dari wilayah Khurasan di Iran. Mereka kemudiannya berhijrah ke Afghanistan. Semasa remaja, dia pergi ke Deoband, Uttar Pradesh, India untuk menuntut ilmu Islam di Universiti Darul Ulum ialah Syekh-ul Hindi Mahulana Mohammadul Hasan al-Deobandi (1951-1920). Antara kawan seperguruannya ialah Maulana Ubaydullah al-Sindhi (1870-1944). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KOMUNIKASI | Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang terpenting kemungkinannya ialah komunikasi peribadi, yang berlaku apabila seseorang menyampaikan fikiran dan keinginan mereka kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan mengerakkan tangan, malah dengan membuat mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak mereka. Guru tidak dapat membantu murid mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kawan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong,
kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,
3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,
4. Dalam konteks makanan bersinonim dengan judu, jodoh,
| Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina kawanlah Cina, Mari kawan dalam kelas; Sungguh saya bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas.
Lihat selanjutnya... |
|