SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMinyak licin sebelah pangkin, Jikalau mandi dicuci jangan; Kalau mahu hidup miskin, Jikalau jadi menyesal jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeranduk melanggar Jawa, Jawa lari sebelah bukit; Jangan merajuk masku nyawa, Tidaklah boleh salah sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari petang nampaknya teduh, Orang berjalan sebelah kiri; Pokok ditanam kalau tumbuh, Harapkan buah balasan budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang encik Melayu, Pakai serban senget sebelah; Kalau berbunyi burung jentayu, Ayam di reban serba salah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau adik menutuh kepung, Tinggalkan abang sebelah dahan; Kalau adik balik ke kampung, Tinggalkan abang kain basahan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri. |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Sarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan.
Lihat selanjutnya... |
|