| 
	
                            
		
			
				
					
  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucinglah kurus menggarulah papan, Papan digaru kayu jati; Bukanlah kurus tiadalah makan, Kurus mengenang si jantung hati. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus mandi di papan, Papan bernama si kayu jati; Bukanlah kurus sebab tak makan, Kurus menahan dendam di hati. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBawa bunga pergi ke pekan, Taruh mari atas peti; Badan kurus bukan tak makan, Kurus kerana si jantung hati. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menggaru papan, Papan digaru si kayu jati; Bukan kurus kerana tak makan, Kerana kasih jauh di hati. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang. |  | SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai. |  | | Tesaurus | 
|---|
 |  |  | tinggi (adjektif) |  | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan  panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
 Berantonim dengan pendek
 
 2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
 Berantonim dengan hina
 
 3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
 
 4. Dalam konteks suara
 bersinonim dengan  nyaring, muluk, halus dan keras,
 Berantonim dengan rendah
 
 5. Dalam konteks harga
 bersinonim dengan  mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
 Berantonim dengan rendah
 
 
 |  | Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |  | 
 | 
| Puisi | 
|---|
 |  |  | 
 Kucing kurus mandi di papan,
 Papan bernama si kayu jati;
 Bukanlah kurus sebab tak makan,
 Kurus menahan dendam di hati.
 
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
    |