SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan padi sebarang padi, Padi ditabur menjadi lalang; Buah hati sekeping hati, Hati rindu denganmu abang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan dilurut padi muda, Padi muda dibawa ke barat; Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa larat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa tinggi pucuk pisang? Lebih tinggi asap api; Berapa tinggi Gunung Ledang? Lebih tinggi harapan hati. |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|