SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLayarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesok hari Rabu, Lusa hari Khamis; Fikiran kita tidak tentu, Hati kita bengis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerambat di Tanjung Batu, Jangan terambat ampaian kain; Biar lambat syukurnya tentu, Jangan supaya ke orang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk berliku Padang Mengkuang, Serai di dalam buah kepayang; Tengok tak tentu tak puas pandang, Bercerai di dalam berkasih sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatu Pahat perigi batu, Nampak dari Gunung Banang; Tuan pergi hati tak tentu, Saya tinggal hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujung Batu jauh di kota, Ke Bohor Temak membeli kopi; Benda tak tentu jangan dikata, Benda tak gamak selalu jadi. |
|
Tesaurus |
---|
| tentu (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,
2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak
ragu-ragu lagi,
3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,
| Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu, |
|
Puisi |
---|
|
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.
Lihat selanjutnya... |
|