SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur penyu di hujung pasir, Ditimba oleh hujan panas; Apa direnung apa difikir, Setegal rindu hati yang panas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapa-sapa di tepi mahligai, Urat nanas jadikan ijuk; Ilmu apa adik pakai, Hati yang panas menjadi sejuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan panas embun berderai, Patah kemudi haluan perahu; Hajat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir panas sedang mendidih, Untuk dibuat air kopi; Selama ini hati adik sedih, Takut abang meninggal pergi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan panas ribut berdengung, Orang menjemur di tunggul mati; Kasih sayang duduk termenung, Apa masyghul dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung serindit makan nanas, Arang terap dalam padi; Janganlah adik bercakap panas, Rasa sedih di dalam hati. |
|
Tesaurus |
---|
| panas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku, Berantonim dengan sejuk
2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak, Berantonim dengan kebah
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang, Berantonim dengan redup
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,
5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,
6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,
| Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas, |
|
Puisi |
---|
|
Sapa-sapa di tepi mahligai, Urat nanas jadikan ijuk; Ilmu apa adik pakai, Hati yang panas menjadi sejuk.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 323 Into every life a little rain must fall Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|