SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPanas sungguh hari ini, Pandang ke langit sisik tenggiling; Marah sungguh tuan ini, Saya datang hadap ke dinding. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPanas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPanas terik di bulan puasa, Menjemur padi di sudut laman; Tikar emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur penyu di hujung pasir, Ditimba oleh hujan panas; Apa direnung apa difikir, Setegal rindu hati yang panas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari panas mencucuk benang, Benang menjahit baju kebaya; Air jernih lubuknya tenang, Jangan disangka tiada buaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari panas membakar lalang, Tedung berketuk di dalam tanah; Cincin emas sudahlah hilang, Tinggal sepasang cincin suasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan panas ribut berdengung, Orang menjemur di tunggul mati; Kasih sayang duduk termenung, Apa masyghul dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan panas pagi hari, Ayam putih masuk reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kekasih guna teraban. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan panas embun berderai, Patah kemudi haluan perahu; Hajat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan panas di bulan puasa, Bunga kenanga kembang di taman; Tilam emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan. |
|
Tesaurus |
---|
| panas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku, Berantonim dengan sejuk
2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak, Berantonim dengan kebah
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang, Berantonim dengan redup
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,
5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,
6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,
| Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas, |
|
Puisi |
---|
|
Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh.
Lihat selanjutnya... |
|