SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu selipat kayu di paya, Kayu mempayan condong ke padi; Keempat-empat muda sebaya, Ada seorang jatuh hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPermata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau memetik bunga selasih, Dihanyut mari ke Sungai Ceni; Bila hati dah jatuh kasih, Nama yang busuk pun jadi wangi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau memetik bunga selasih, Dihanyut mari ke Sungai Ceni; Bila hati dah jatuh kasih, Nama yang busuk pun jadi wangi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJatuh berserak di dalam padi, Anak belangkas beruang perahu; Kalau berhajat di dalam hati, Khabar lekas supaya kutahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau purut jatuh ke pangkal, Sayang selasih condong ke barat; Hujan ribut dapat kutangkal, Hati rindu apa ubat? |
|
Tesaurus |
---|
| jatuh (kata kerja) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,
2. Dalam konteks nilai, harga, bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam, Berantonim dengan naik
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk, Berantonim dengan terbit
4. Dalam konteks kerajaan bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,
5. Dalam konteks tarikh bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,
| Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa.
Lihat selanjutnya... |
|