KANDUNGAN
Jawapan Kesalahan ayat tersebut adalah pada kata dijatuhkan. Ayat tersebut sekiranya diaktifkan akan menjadi: Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah. Ayat ini bermakna bahawa yang jatuh ialah pesalah bukannya hukuman gantung sampai mati. Sepatutnya, yang jatuh ialah hukuman dan pesalah yang menerimanya. Ayat tersebut sepatutnya: (a) Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah. (b) Hukuman gantung sampai mati dijatuhkan oleh hakim
|
|
Tesaurus |
---|
| jatuh (kata kerja) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,
2. Dalam konteks nilai, harga, bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam, Berantonim dengan naik
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk, Berantonim dengan terbit
4. Dalam konteks kerajaan bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,
5. Dalam konteks tarikh bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,
| Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa.
Lihat selanjutnya... |
|