Kata |
Takrif |
Sumber |
ekstrem | paling tinggi, mis paling panas, paling rendah atau paling sejuk | Kamus Dewan Perdana |
eritema | keadaan merah pd kulit yg bertompok-tompok, disebabkan oleh panas, dadah, pancaran ultraungu dan pancaran pengionan | Kamus Dewan Perdana |
ebek | tabir atau bidai drp anyaman buluh dsb pd jendela yg melindungi sst ruang drp panas matahari | Kamus Dewan Perdana |
etefon | bahan yg menggalakkan pengeluaran susu getah yg banyak dlm masa yg lama, disapukan pd bahagian kulit pokok getah yg telah dikikis, terutamanya ketika cuaca panas | Kamus Dewan Perdana |
Ebola | penyakit bawaan virus drp famili Filoviridae yg berpunca drp haiwan keluarga monyet, yg menjangkiti manusia melalui bendalir atau organ tubuh yg tercemar, ditandai oleh demam panas serta perdarahan dalaman yg teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Nama penyakit ini diambil sempena nama sungai di Zaire yg pertama kali dikesan kes tsb pd tahun 1976 | Kamus Dewan Perdana |
Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |
|
Tesaurus |
---|
| panas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku, Berantonim dengan sejuk
2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak, Berantonim dengan kebah
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang, Berantonim dengan redup
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,
5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,
6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,
| Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas, |
|
Puisi |
---|
|
Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh.
Lihat selanjutnya... |
|