Pantun |
Sumber |
Tema |
Tinggi hari orang berhenti, Hilang penat balik ke ladang; Tinggi hati membuang budi, Orang dekat balik belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Berapa tinggi pucuk pisang? Lebih tinggi asap api; Berapa tinggi Gunung Ledang? Lebih tinggi harapan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi sungguh pokok pisang, Tinggi lagi asap api; Tinggi sungguh gunung melintang, Tinggi lagi harapan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rasa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asapnya api; Berapa tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapnya hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sungguh tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asap api; Sungguh tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pagi-pagi pergi ke ladang, Hendak menyemai benih padi; Berapa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi harapan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mengapa jalan makin mendaki, Payahlah kaki untuk melangkah; Menapa bulan semakin tinggi, Patahlah hati pungguk di tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang terbang layang kaki, Pokok besar berapa tinggi; Jangan abang bersusah hati, Umur panjang berjumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tanah tinggi tanah permatang, Tempat tumbuh kayu meranti; Patahlah hati hamba meminang, Adik menjauh membawa diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|