Pantun |
Sumber |
Tema |
Layarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Yang bermulut tentu berbunyi, Yang bermata tentu memandang; Orang pencarut perlu dijauhi, Orang pendusta perlu dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang bersampan tentu berdayung, Yang berbiduk tentu bergalah; Orang beriman perlu disanjung, Orang perajuk perlu disergah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang rokok tentu dihisap, Untuk melepas rasa tagihnya; Sedang seronok mahu mendekap, Kentut terlepas patah hatinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang lambat tentu terlambat, Hendak berlari kaki pengkar; Jambang lebat bulu pun lebat, Banyaklah isteri lari gementar | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang ayam tentu berparuh, Kaki bersisik jari bercakar; Siang malam aku mengeluh, Menanti adik memberi khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang pinang tentu berkacip, Kacip bongok kepala emas; Abang datang mengadu nasib, Nasib elok cinta berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tentu batangnya tampak lurus, Kerana kayunya sudah dibuang; Tentu abang tak nampak kurus, Kita bertemu sakitku hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah tentu galak akarnya, Terbanglah lakum sependek-pendeknya; Kalaulah tentu salah benarnya, Timbanglah laku sebaik-baiknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Belum tentu padinya awak, Sudah direntang tali jemuran; Belum tentu lakinya awak, Sudah dipandang cemburuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| tentu (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,
2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak
ragu-ragu lagi,
3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,
| Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu, |
|
Puisi |
---|
|
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.
Lihat selanjutnya... |
|