Pantun |
Sumber |
Tema |
Patut dicari batang putat, Tak terbilang banyak buahnya; Patut dipuji pemegang adat, Tak terbilang banyak petuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat resam kata orang, Ada patut dengan layaknya; Adat faham lembaga terang, Setara mulut dengan akhlaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pasang lukah dalam jerami, Belum patut di pangkalan; Alangkah hiba hati kami, Belum patutu abang berjalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bila termakan buah jelatang, Lemaknya ada patut dicuci; Bila kutahan susah seorang, Henda:k menyapa mulut terkunci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Uncang bukan sebarang uncang, Uncang elok patut dibeli; Bujang bukan sebarang bujang, Bujang lapuk takut berbini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau selalu berseluar sampak, Ditengok orang tidaklah patut; Kalau selalu gemar bertandak, Duduk sumbang tegak pun kalut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Taat bini setia ke laki, Bermuka manis patut perangai; Adat berdiri sempurna budi, Sengketa habis kusut selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besarlah biji si buah bacang, Bila ditanam patut dijaga; Biarpun mati difitnah orang, Cinta kupendam berlanjut juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat; Orang patut menghormati guru, Petuah dipegang ilmu diingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| patut (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,
2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya,
perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,
3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,
| Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain.
Lihat selanjutnya... |
|