Pantun |
Sumber |
Tema |
Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungai Pahit lubuknya dalam, Ikan seluang mati bertuba; Mimpi baik saya semalam, Mimpi bulan jatuh di riba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau ada peria pahit, Belanga baru jerang udang; Kalau ada budi baik, Jadi abu dikenang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Sudah tahu peria pahit, Jangan disayur dengan bunganya; Sudah diketahui barang tak baik, Jangan diusik dari mulanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila termakan ke biji pahit, Berilah cuka berserta madu· Bila kusimpan jadi penyakit, Hendak dibuka berasa malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun manis rasa manisan, Ubat yang pahit jangan dibuang; Walaupun habis nyawa di badan, Niatku tidak akan bergoyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pagi petang menjunjung cerek, Hendak diminum airnya pahit; Gigi panjang hidungnya pesek, Hendak mencium dikira menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| pahit (adjektif) | 1. Dalam konteks rasa bersinonim dengan maung, pahit maung, Berantonim dengan manis
2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,
| Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan, |
|
Puisi |
---|
|
Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 590 Once a thief, always a thief Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga ''. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|