Pantun |
Sumber |
Tema |
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Mangkuk berisi bunga pinang; Hendak masuk kuberi masuk, Hendak masuk belanja tunang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Masuk sawah padi, Berteduh bawah titi, Elok hati budi, Ibu senang hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Masuk Seekolah Tadika Bina, Cikgu Salbiah cekap dan pintar; Sungguh adik bijak laksana, Tidak susah guru mengajar. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Masuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Masuk ke hutan memotong gelam, Hendak membuat panggang para; Muatan sarat belayar belum, Baru bertiup angin utara. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Masuk menyembah jari bersusun, Raja di baruh baru menyembah; Kalau tak manis buah di dusun, Tidak kumahu makan buah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kalau menutup tidak rapat, Lalat masuk semut pun masuk; Kalau hidup tidak beradat, Tabiat buruk mulut pun busuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dua bertanduk bertiang tiga, Dari masuk berkunci tiada; Bulan masuk matahari gila, Abang diharap dipandang tiada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukit Kaduk Ulu Telemu, Singgah menanak Batali; Saya tak masuk kerana ilmu, Saya masuk kerana janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| masuk (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam Berantonim dengan keluar
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,
4. Bersinonim dengan menganut: memeluk
5. Dalam konteks peperiksaan bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,
6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,
| Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan, |
|
Puisi |
---|
|
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 63 Toot your own horn Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri. Masuk bakul angkat sendiri "I don't want to toot your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper. "Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|