Pantun |
Sumber |
Tema |
Ayam hutan keluar hutan, Ular lidi mati tersangkut; Emak bukan saudara bukan, Kerana kasih saya turut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila musang sudah keluar, Ayam pun lari masuk ke kandang; Apabila orang berkata ingkar, Karamlah diri dikutuk orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak tempua baru keluar, Disengat lebah meracau-racau; Awaklah tua nafsu berkobar, Melihat betina tergagau-gagau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hisap sigup tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga; Jangan marah abang bertanya, Bunga di taman siapa punya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah luka terlalu besar, Darah keluar mata pun gelap; Kalau orang tua berlaku kasar, Dosanya besar mati pun azab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau luka terlalu banyak, Darah keluar payah berhenti; Kalau derhaka ke ibu bapak, Dosanya besar Allah pun benci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Besarlah kapal di pulau itu, Keluar asap bertambun-tambun; Kembanglah bunga di taman datu, Bertangkai kaca berdaun embun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
|
Tesaurus |
---|
| keluar (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak, Berantonim dengan masuk
2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul, Berantonim dengan lesap
3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,
4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,
5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,
6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri
| Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar, |
|
Puisi |
---|
|
Hisap sigup tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga; Jangan marah abang bertanya, Bunga di taman siapa punya?
Lihat selanjutnya... |
|