Pantun |
Sumber |
Tema |
Hujung Batu jauh di kota, Ke Bohor Temak membeli kopi; Benda tak tentu jangan dikata, Benda tak gamak selalu jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mali-mali hujung pangkalnya, Asam kandis asam gelugur; Kembalilah dagang asalnya, Duduk menangis pintu kubur. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bungasena di hujung ranting, Ditiup angin gugur ke lain; Jika bunga tak hendak disunting, Boleh dibuat peraksi kain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ketitir hujung serambi, Putik belimbing bergetu-getu; Lepas diusik pada kami, Ambil adinda muka pintu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung tekukur terbang melambut, Mari hinggap di pokok ciku; Hendak mati di hujung rambut, Hendak berkubur di hujung kuku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Umpan mari kulit duku, Orang mengail jauh ke laut; Kalau nyawaku di hujung kuku, Nyawa kau juga di hujung rambut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
|
Tesaurus |
---|
| hujung (kata nama) | 1. Dalam konteks pisau bersinonim dengan bahagian runcing, mata, Berantonim dengan hulu
2. Dalam konteks jalan bersinonim dengan bahagian akhir, punca, Berantonim dengan pangkal
3. Dalam konteks hutan bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,
4. Dalam konteks peristiwa bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan, Berantonim dengan awal
5. Dalam konteks perbarisan bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,
6. Rujuk maksud 1
| Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung, |
|
Puisi |
---|
|
Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama.
Lihat selanjutnya... |
|