Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau hendak mencari cendawan, Cubalah cari cendawan kukur; Kalau hendak mencari kawan, Carilah kawan sampai ke kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berkawan-kawan ke Bukit Kota, Hendak mengambil buah jambu; Ingat pesan Datuk Paduka. Taat kepada ayah dan ibu. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pergi mengail berkawan-kawan, Jaga tertib di jalan raya; Hasrat ingin mencapai awan, Tabah cekal pasti berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Terbang burung berkawan-kawan, Hinggap mari tepi sempadan; Ayam togel kalau dilawan, Sia-sia ilmu di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bercakap dusta memanglah haram, Menjual kawan pantang sekali; Adab dijaga siang dan malam, Berbekal iman sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak Cina kawanlah Cina, Mari kawan dalam kelas; Sungguh saya bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak cepat pakai kereta, Jangan pergi berkawan-kawan; Harap dapat kontrak berjuta, Angan dipasang setinggi awan. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Kuih Melayu hidangan istimewa, Hidangan petang bersama kawan; Di puncak kejayaan melihat dunia, Betapa agung kebesaran Tuhan. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
|
Tesaurus |
---|
| kawan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong,
kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,
3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,
4. Dalam konteks makanan bersinonim dengan judu, jodoh,
| Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina kawanlah Cina, Mari kawan dalam kelas; Sungguh saya bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 498 When in Rome, do as the Romans do Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. Masuk di dalam kawan gajah berdering You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk di dalam kawan gajah berdering! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|