PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
cantilever tip | | | Satu tip pada hujung kantilever dalam alat mikroskop daya atom (AFM) atau mikroskop penerowongan imbasan (STM) digunakan untuk mengesan kedudukan atau saiz atom atau ciri-ciri lain pada sampel. Tip ini berbentuk tirus dan biasanya disadur dengan emas atau intan supaya lebih keras. |
cantilever | | | Palang pejal yang dapat bergetar pada satu hujung penduga yang digunakan dalam alat mikroskop daya atom (AFM) atau mikroskop penerowongan imbasan (STM). Bentuk kantilever bergantung pada mod pengukuran alat tersebut. Kantilever biasanya diperbuat daripada silikon (Si), silikon nitrida (SiN) atau nanotiub karbon. |
lateral force microscope | | | Peranti yang menghasilkan imej suatu permukaan dengan menggerakkan hujung jarum kantilever secara mendatar dan bersentuhan sepanjang permukaan sampel. Imej permukaan diperoleh daripada kilasan kantilever yang berubah terhadap daya geseran permukaan. Mikroskop ini sangat peka terhadap bahan yang terdiri daripada fasa yang berbeza. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM). |
amphiphilic | | | Sifat molekul yang mempunyai satu kumpulan terkutub yang bersifat larut air (hidrofilik), disangkut pada rantai hidrokarbon bukan terkutub yang tidak larut air (hidrofobik). Contohnya, molekul asid stearik yang rumus kimianya C17H35COOH, mempunyai kumpulan COOH yang larut air pada salah satu hujung dan kumpulan CH3 yang tidak larut air pada hujung yang satu lagi. Sifat amfifilik sangat diperlukan dalam proses pembentukan filem tipis tertentu seperti filem tipis Langmuir- Blodgett. |
scanning force spectroscope (SFS) | | | Alat yang digunakan untuk mengimej permukaan sampel melalui pengimbasan kontur permukaan. Proses pengimejan berlaku, apabila pesongan hujung yang tajam pada tip, menderia daya permukaan yang dipasang pada kantilever (julur tuas) dipantau |
nanoscale abacus | | | Susun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM). |
scooter mechanism | | | Mekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi. |
Seebeck effect | | | Satu kesan yang terhasil daripada penjanaan voltan atau daya gerak elektrik, iaitu hasil perbezaan suhu pada dua sambungan logam berlainan dalam litar yang sama. Fenomena ini ditemui oleh T. J. Seebeck pada tahun 1821 dan merupakan asas fizik bagi pembuatan termogandingan. Suatu termogandingan terdiri daripada sepasang wayar logam berlainan, disambung pada kedua-dua hujungnya. Satu hujung dibiarkan pada suhu rendah (biasanya direndam di dalam ais), sementara hujung yang satu lagi dibiarkan pada suhu yang lebih tinggi. Daya gerak elektrik terjana hasil daripada kesan Seebeck. |
amino acid | | | Kelas sebatian organik ringkas yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen, yang dalam kes tertentu sebatian ini juga mengandungi sulfur. Sebatian ini merupakan blok binaan protein. Sebatian asid amino terdiri daripada kumpulan karboksil (COOH) dan kumpulan amino (NH2) yang melekat pada atom karbon yang sama pada hujung sebatian. Contohnya, asid amino yang terdapat pada haiwan ialah alanina, asid aspartik dan asid glutamik. |
|
Tesaurus |
---|
| hujung (kata nama) | 1. Dalam konteks pisau bersinonim dengan bahagian runcing, mata, Berantonim dengan hulu
2. Dalam konteks jalan bersinonim dengan bahagian akhir, punca, Berantonim dengan pangkal
3. Dalam konteks hutan bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,
4. Dalam konteks peristiwa bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan, Berantonim dengan awal
5. Dalam konteks perbarisan bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,
6. Rujuk maksud 1
| Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung, |
|
Puisi |
---|
|
Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama.
Lihat selanjutnya... |
|