PeribahasaRendah dianjung tinggi, kecil diambak besar.TakrifKebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan dibesarkan oleh anak buahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDulu timah, sekarang besi.TakrifOrang kecil memperoleh pangkat tinggi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.TakrifOrang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi.TakrifMengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenimbau boleh, menggala-gala tak tahu.TakrifPandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria; cangkuk = pekasam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.
Lihat selanjutnya... |
|