PeribahasaMakan bubur panas-panas.TakrifBertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPanas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.TakrifKebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai panas mengandung hujan.TakrifTertawa dalam kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.TakrifDisangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.TakrifDalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLah panas hari, kacang lupa akan kulitnya.TakrifOrang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah panas berbaju pula.TakrifKesulitan yang bertambah-tambah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukannya diretak panas.TakrifSesuatu kejadian itu berlaku kerana terlalu banyak diperkatakan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan berpohon, panas berasal.TakrifSegala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyeladang bagai panas di padang.TakrifSama rata tanpa ada kecualinya. menyeladang = merata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| panas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku, Berantonim dengan sejuk
2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak, Berantonim dengan kebah
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang, Berantonim dengan redup
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,
5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,
6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,
| Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas, |
|
Puisi |
---|
|
Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh.
Lihat selanjutnya... |
|