PeribahasaPahit dulu, manis kemudian.TakrifPerjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedap dulu, pahit kemudian.TakrifBersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTebu takkan pahit rasanya.TakrifOrang yang sungguh-sungguh baik tidak akan berkelakuan jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).TakrifKadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMendapat kopi keras (= pahit).TakrifKena marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tahu peria pahit.TakrifSudah tahu kurang baik diperbuat juga; penyesalan yang tak berfaedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.TakrifOrang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.TakrifSesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi luar merah di dalam pahit.TakrifLahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat.TakrifPujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
146 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayang | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayang. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
590 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga ''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| pahit (adjektif) | 1. Dalam konteks rasa bersinonim dengan maung, pahit maung, Berantonim dengan manis
2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,
| Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan, |
|
Puisi |
---|
|
Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 590 Once a thief, always a thief Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga ''. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|