PeribahasaMasuk ambung tak masuk bilang.TakrifMasuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk tiga, keluar empat.TakrifBesar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk sarang harimau.TakrifTermasuk ke dalam bahaya besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk langau ke mulutnya.TakrifTerhairan-hairan, sehingga mulutnya ternganga-nganga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.TakrifNasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang.TakrifJika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.TakrifKalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk geronggang bawa pelita.TakrifKalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk di dalam kawan gajah berdering.TakrifMenyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. berdering = bunyi genta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh.TakrifBesar belanja daripada penghasilan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
496 | When in Rome, do as the Romans do | Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. | Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak | You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! | Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
63 | Toot your own horn | Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri. | Masuk bakul angkat sendiri | "I don't want to toot your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper. | "Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
60 | Blow your own trumpet | Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri. | Masuk bakul angkat sendiri | "I don't want to blow your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper. | "Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
59 | Blow your own horn | Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri. | Masuk bakul angkat sendiri | "I don't want to blow your own horn, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper. | "Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
389 | Mind your own business | Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain. | Gerundang, tinggallah di kubangan | '' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark. | '' Gerundang, tinggallah di kubangan. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
388 | Mind your own business | Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain. | Jangan buat kerbau tanduk panjang | '' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark. | ''Jangan buat kerbau tanduk panjang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
387 | Mind your own business | Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain. | Parak awak sahajalah siangi | '' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark. | ''Parak awak sahajalah siangi. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
386 | Mind your own business | Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain. | Jaga tepi kain orang | '' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark. | '' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
385 | Keep your nose out of other peoples business | Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain. | Jaga tepi kain orang | '' Keep your nose out of other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark. | '' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
384 | Don't stick your nose into other peoples business | Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain. | Jaga tepi kain orang | '' Don't stick your nose into other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark. | '' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| masuk (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam Berantonim dengan keluar
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,
4. Bersinonim dengan menganut: memeluk
5. Dalam konteks peperiksaan bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,
6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,
| Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan, |
|
Puisi |
---|
|
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 63 Toot your own horn Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri. Masuk bakul angkat sendiri "I don't want to toot your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper. "Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|