PeribahasaKepala yu, ekor babi.TakrifSuka berpura-pura atau bermuka dua.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala tersangkut dengan kulit babi.TakrifMendapat malu besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain.TakrifLain orang, lain fikirannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.TakrifOrang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenunduk kepala menghadap raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang menghadap musuh.TakrifMelakukan sesuatu haruslah menurut tempat dan keadaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengepit kepala harimau.TakrifMenggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencukur kepala.TakrifPerbuatan yang memalukan kaum keluarga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh.TakrifPekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan.TakrifTerus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kepala (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,
2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa,
mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah,
lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,
3. Dalam konteks surat bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,
4. Dalam konteks perkiraan bersinonim dengan orang, individu,
5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,
| Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai, |
|
Puisi |
---|
|
Kain pelikat kepala dua, Jahit dengan benang masturi; Sudah berpakat kita berdua, Cakap orang jangan peduli.
Lihat selanjutnya... |
|