PeribahasaDuduk berkurung siang malam.TakrifOrang yang tak keluar-keluar dari rumahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk tiga, keluar empat.TakrifBesar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh.TakrifBesar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerteras keluar bagai pimping.TakrifKelihatan di luar bagus (kaya dan sebagainya), tetapi sebenarnya sangat melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBernafas keluar badan.TakrifLebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitiarapkan tiada keluar, ditelentangkan tiada masuk.TakrifMenghadapi perkara yang sangat sulit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu.TakrifPerkara yang mustahil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencampakkan batu keluar.TakrifLebih suka berbuat baik kepada orang lain daripada kepada keluarga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngkat batang keluar cacing gelang-gelang.TakrifBerpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai anak-anai bubus.TakrifKeluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| keluar (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak, Berantonim dengan masuk
2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul, Berantonim dengan lesap
3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,
4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,
5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,
6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri
| Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar, |
|
Puisi |
---|
|
Hisap sigup tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga; Jangan marah abang bertanya, Bunga di taman siapa punya?
Lihat selanjutnya... |
|