PeribahasaMenohok kawan seriring.TakrifMencelakakan kawan sendiri. (Bandingkan dengan: Menggunting dalam lipatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengorek dompet kawan.TakrifMenipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLebih pucuk, lebih pelepah?TakrifMana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain lama dicampak buang, kain baru pula dicari.TakrifMenceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.TakrifKejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk di dalam kawan gajah berdering.TakrifMenyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. berdering = bunyi genta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti orang tertikamkan kawan.TakrifDiam termenung; berhati walang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLayar menimpa tiang.TakrifKawan menjadi lawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertambah semakin kurang.TakrifTentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.TakrifSesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kawan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong,
kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,
3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,
4. Dalam konteks makanan bersinonim dengan judu, jodoh,
| Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina kawanlah Cina, Mari kawan dalam kelas; Sungguh saya bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas.
Lihat selanjutnya... |
|