PeribahasaTinggi disusupi, rendah dilangkahi.TakrifDiselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan.TakrifMenyelidiki sesuatu perkara dengan saksama. tukik = arah ke bawah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan cempedak berbau nangka.TakrifHendaklah diselidiki sesuatu perkara itu dengan saksama lebih dulu sebelum mempercayai percakapan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.TakrifHendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelam disigi, lekung ditinjau.TakrifSesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan. sigi = suluh, obor; lekung = lekuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKhabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.TakrifTiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri.TakrifKalau bertemu jalan buntu atau kesukaran dalam sesuatu perundingan, hendaklah berusaha dengan saksama untuk mengatasinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisigai sampai ke langit.TakrifDiselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Bandingkan dengan: Tinggi disigai, besar ditebang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh.TakrifOrang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.TakrifSebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| saksama (adjektif) | 1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata, Berantonim dengan sembarangan
2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata, Berantonim dengan berat sebelah
3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya, Berantonim dengan janggal
| Kata Terbitan : kesaksamaan, |
|
|